Tuesday, January 31, 2012

SAH! ANA RAFFALI NIKAH 25 FEBRUARI 2012

Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, mengakui sukar mempercayai golongan lelaki selepas beberapa kali dikecewakan.


Bagaimanapun, Ana berkata, perkenalan dengan teman karibnya, Ahmad Aznaim Abdullah, 30, atau Naim itu terus memberikan persepsi berbeza mengenai golongan itu apabila memulakan perkenalan pada tahun 2005.

"Dia seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Sedikit demi sedikit perasaan sayang mula wujud dan kami bercinta secara rasminya pada 8 Oktober 2008.

"Bagaimanapun, kami tidak pernah menganggap yang kami adalah pasangan bercinta sebaliknya lebih senang dengan gelaran kawan karib.


"Malah ketika saya dilamar, Naim terus berkata “jom kahwin” dan keluarganya terus merisik saya pada awal Disember tahun lalu. Dia langsung tak romantik," seloroh Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.

Ana dan Naim bakal bergelar suami isteri pada 25 Februari 2012. Mereka akan bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, di sini.

Majlis dimulakan dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, Ana akan dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Dalam pada itu, acara resepsi pula diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut berlangsung.

sumber: mStar Online

FOTO PRA PERKAHWINAN FASHA SANDHA DAN JEJAI TERSEBAR?

Gambar Pra Perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram ? Pelakon jelita Fasha Sandha sudah pun mengesahkan dia bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hati, Rizal Ashram aka Jejai, dalam tahun ini. Cuma tarikh sebenar majlisnya masih belum di umumkan secara rasmi. Dalam pada sengaja dibiarkan para peminat juga pemerhati media terus tertanya-tanya bilakah agaknya tarikh istimewa itu, di beritakan beberapa keping gambar di percayai foto pra-perkahwinan pasangan dua sejoli ini, telah tersebar di internet.


Di laman blog hiburan RotiKaya.com, terpampang gambar dari satu sesi fotografi pra-perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai yang mana sesi penggambarannya di adakan sekitar Disember lalu di sebuah lokasi rahsia.

Selain itu, Fasha & Jejai di khabar mengenakan persalinan dari pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini untuk sesi fotografi pra-perkahwinan tersebut.


Melihat pada gambar nan sekeping itu, di jari manis Jejai tersarung sebentuk cincin-dan menurut sumber, spekulasi kuat mengatakan cincin itu adalah cincin pertunangan mereka.  -MD


foto dipetik dari Forum Cari

Monday, January 30, 2012

GAMBAR FESYEN ARTIS DI ANUGERAH PPMH 2011/12

Pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu, Aaron Aziz membawa pulang dua buah trofi pada malam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2012 di sini, malam Sabtu.


Aaron menerima anugerah Selebriti Kacak dan Hot Papa sementara bagi kategori wanita dimenangi oleh Pelakon Rozita Che Wan.

Pelakon, Norman Hakim juga turut membawa pulang dua buah trofi apabila dipilih sebagai pemenang anugerah Artis Duda Hot dan Artis Lelaki Seksi.

Majlis berlangsung di Kompleks Karangkaraf, Seksyen 15 di sini.

Pihak PPMH 2011/12 juga turut menobatkan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam dengan anugerah Khas Media Hiburan selain Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza menerima anugerah Artis Ikon.

Selain Yusof dan Siti, Yuna turut diberikan Anugerah Harapan pada malam itu.

Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Penakut itu tidak hadir kerana sibuk dengan majlis raptai Anugerah Juara Lagu ke-26.

Antara pemenang lain adalah Nora Danish (anugerah Janda Hot), Shahiezy Sam (anugerah Artis Favourite) dan Fazura (anugerah Artis Seksi).

Acara gemilang itu dihoskan oleh Nabil Raja Lawak dan Dira Abu Zahar.

Sebanyak 18 anugerah dipertandingkan pada malam itu dan pemilihan pemenang dibuat berdasarkan undian sepenuhnya daripada peminat.

Pada majlis tersebut juga turut diserikan dengan persembahan daripada artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Stacy, Nubhan, Akim, Adira, Awi Rafael, Dafi, Amir Jahari dan Nubhan.

Antara artis yang hadir memeriahkan majlis adalah Nora Danish, Tam Suhaimi, Rozita Che Wan, Rosyam Nor, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Syamsul Yusof, Dynas, Fazura, Irma Hasmi, Hans Isaac, Izreen Asmindar, Memey Suhaiza dan ramai lagi.


Anugerah PPMH yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 ini bertujuan untuk menghargai golongan artis dan selebriti yang mewarnai dunia hiburan tanah air.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah PPMH 2011/12

1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza

2. Anugerah Harapan - Yunalis Zarai

3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahiezy Sam

4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi

5. Anugerah Duda Hot - Norman Hakim

6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish

7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz

8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan

9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz

10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain

11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy

12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah

13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fauziah Gous

14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi

15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira

16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim

17. Anugerah Seksi (Wanita) - Fazura

18. Anugerah Khas Media Hiburan - Datuk Yusof Haslam








































Kredit penuh gambar kepada RAZIN Photography. Like Facebook RAZIN Photography untuk melihat lebih banyak lagi gambar menarik.

FARID KAMIL DAN FATIN AFEEFA SUPER COMEL DALAM YEZZ!

Bersempena edisi TRUE LOVE majalah Yezz! menampilkan penghias muka depan Yezz! dengan gandingan yang cukup istimewa. Bakat Farid Kamil dalam bidang seni lakonan tanah air tidak perlu dipertikaikan lagi. Hebat dan cukup berbakat! Dia baru sahaja selesai menjayakan sesi penggambaran filem yang bertajuk "Hantu Gangster". Farid juga akan menemui you all dengan filem terbaru arahan Mamat Khalid, "Apo Khalips" pada pertengahan tahun nie. Sama-sama kita nantikan ya!


Jika you all peminat nombor 1 drama "Klik" musim kedua, pasti mengenali gurlz sweet nie, kan? Fatin Afeefa merupakan juara "Pertandingan Kreatif" yang dianjurkan oleh sekolah dalam drama bersiri itu. Bakatnya dalam seni mempertahankan diri iaitu tekwando memang tidak boleh dipertikaikan. Dia merupakan pemegang tali pinggang hitam! Diharap gabungan dua 'F' nie dapat memberikan inspirasi dalam percintaan you all. Jom kita sama-sama cungkil rahsia di hati mereka berdua.


PROFIL DIRI
Nama Penuh : Farid Kamil Bin Zahari
Nama Komersial : Farid Kamil
Tarikh Lahir : 5/5/1981
Asal : Kedah
Fav. Word : Oh lagu tu ka?
Kawan Kata Saya Macam? : Ace Ventura
Pengalaman Cinta Pertama : Sangat WOW!
Perkara Pertama Dilihat Pada Gurlz: Senyuman
Lokasi Romantik : Berada dalam sampan di tengah-tengah lautan yang sepi diterangi cahaya
bulan mengambang…Wahhh

PROFIL DIRI
Nama Penuh : Fatin Nur Afifah Bt Shamsudin
Nama Komersial : Fatin Afeefa
Tarikh Lahir : 13/7/1994
Asal : Subang Jaya
Fav. Word : "Oooooooo"
Kawan Kata Saya Macam?: Rita Rudaini…Haha
Pengalaman Cinta Pertama: Hurmmm, masa standard 6 kot. Hihi
Perkara Pertama Dilihat Pada Boyz : Boyz yang berkening tebal dengan mata cantik!! Handsome!
Lokasi Romantik : Rahsia! Hihi…Fa lagi suka tempat yg tak ramai orang. :p


GURLZ DI HATI...FARID KAMIL

Ciri-ciri gurlz pilihan?
Yang tiada "halkum"
Seorang gurlz ideal seperti…?
Dia…
Untuk memiliki gurlz pilihan, perkara yang akan you lakukan?
Cuba, cuba dan terus menarik perhatiannya
Ucapan paling ROMANTIK yang akan diluahkan?
Ish…ish…ish…masamnya you nie…hahahaha
5 taktik memikat…
- Buat si dia marah
- Buat si dia ketawa
- Telefon 3 hari sekali
- Buat si dia cemburu
- Memberi hadiah yang tak disangka!


BOYS DI HATI...FATIN AFEEFA

Ciri-ciri boyz pilihan?
Mesti lebih tinggi daripada Fa, kemas, lepas tu muka dia macam Bruno Mars! Hehe
Seorang boyz ideal seperti…?
Macam Bruno Mars dengan Aaron Aziz!!
Untuk memiliki boyz pilihan, perkara yang akan you lakukan?
Jadi diri sendiri. Fa takkan hypocrite depan dorang, I think being myself is the best. Tak
perlu berselindung. Hihi
Ucapan paling ROMANTIK yang akan diluahkan?
Love, you light up my world like nobody else. Dont worry whatever it is,i will always be there for you and you know that i love you and i swear you're the best
5 taktik memikat…
- Show him that I really care about him
- Jadi diri sendiri
- Senyum selalu. Tak ada lah dia cakap sombong :p
- Pandang muka dia lama-lama, biar dia malu. Haha
- Main gitar untuk dia!

Banyak lagi yang menarik mengenai Bella dan kumpulan Forteen di Yezz! isu Februari 2012! Dapatkannya sekarang!

kredit gambar: karangkraf.com

Search This Blog

Labels