Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

SAFEE SALI JUTAWAN BOLA SEPAK PERTAMA MALAYSIA

Safee Sambung Kontrak Bernilai RM2 Juta Bersama Pelita Jaya FC. Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.


Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurutnya, Safee turut mendapat penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut. Kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).

LATAR BELAKANG

Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali
Tarikh lahir: 29 Januari 1984
Tempat lahir: Selangor
Tinggi: 1.70 meter
Posisi permainan: Penyerang
Kelab terkini: Pelita Jaya FC
Nombor jersi: 55

Kerjaya senior:

2003-2005 (Kuala Lumpur FA)
2005-2006 (Sarawak FA)
2006-2011 (Selangor FA)
2011 (Pelita Jaya FC)
2012-2013 (Pelita Jaya FC)

Pasukan kebangsaan:

2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)
2007 (Malaysia)

Anugerah:

- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010
- Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )

Saturday, January 7, 2012

VIDEO NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA SUMBANGSIH 2012

KEPUTUSAN PIALA SUMBANGSIH 2012

Negeri Sembilan membuka tirai bola sepak Liga Malaysia dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan Kelantan 2-1 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu.


Kelantan, yang juga juara Liga Super, menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam musim lepas untuk merangkul piala itu buat kali pertama.

Pasukan 'The Red Warriors' membuka tirai percubaan sejurus empat minit babak pertama bermula menerusi penyerang import barunya musim ini dari Lubnan, Mohd Ghaddar.

Penyerang import pasukan lawan, Jean Emmanuel Effa Owona, hampir meletakkan Negeri Sembilan di depan pada minit kesembilan menerusi tandukan, namun pemain pertahanan Kelantan Azizi Matt Rose menyelamatkan keadaan dengan menanduk keluar bola yang berpunca dari sepakan sudut.

Serangan bertali arus skuad Kelantan bimbingan jurulatih Peter James Butler akhirnya membuahkan hasil apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-20.


Gol itu berpunca daripada Muhamad Ghaddar yang bijak mencari peluang melorongkan bola kepada Norshahrul Idlan Talaha sebelum memperdaya dua pemain lawan dan melepaskan rembatan di depan gawang menewaskan Farizal Marlias.

Bagaimanapun, kegembiraan Kelantan tidak kekal lama apabila skuad Hoben Jang Hoben menyamakan kedudukan selang 10 minit kemudian hasil sepakan mengelirukan oleh Jean Emmanuel yang mengenai pemain pertahanan Kelantan Mohd Farisham Ismail sebelum masuk ke dalam gawang lawan.

Perlawanan kembali seimbang apabila kedua-dua pasukan saling mengatur serangan demi serangan untuk menambah gol, namun kekentalan barisan pertahanan masing-masing mengagalkan usaha tersebut.

Aksi tambah menarik pada babak seterusnya apabila kedua-dua pasukan saling membalas asakan untuk mencari gol kemenangan.


Jean Emmanuel kemudian menambah derita Kelantan pada minit ke-63 apabila melonjak tinggi melepasi pertahanan pasukan itu sebelum melakukan tandukan mengelirukan untuk menewaskan Khairul Fahmi selepas menerima hantaran Tengku Qayyum Ubaidillah.

Kelantan cuba bangkit mencari gol penyamaan namun benteng pertahanan skuad Rusa kental bertahan hingga tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan Shokri Nor.

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra berkenan menyampaikan Piala Sultan Ahmad Shah kepada Negeri Sembilan.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. BERNAMA










LIVE STREAMING KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JANUARI 2012

Live Siaran Langsung Kelantan vs Negeri Sembilan Piala Sumbangsih

Kelantan selaku juara Liga Super 2011 akan menentang juara Piala Malaysia 2011,N.Sembilan malam ini,7 Januari 2012 jam 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam misi untuk merebut Piala Sumbangsih atau di’kenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah.


Kelantan yang juga,juara bertahan Piala Sumbangsih musim lalu, boleh di’klasifikasikan sebagai pasukan pilihan kerana mereka memiliki barisan pemain terhebat.Daripada posisi pertahanan hingga ke jentera serangan, watak-watak dalam skuad Kelantan boleh dianggap yang terbaik di negara kita ketika ini.

Manakala pasukan Negeri Sembilan memiliki Mohd. Azraai Khor Abdullah dianggap antara jurulatih tempatan terbaik kerana memiliki sentuhan luar biasa untuk membawa Negeri Sembilan ke puncak kegemilangan.

Apa yang pasti pertembungan malam ini pastinya akan dipersembahkan satu perlawanan yang menarik khususnya untuk penyokong kedua-dua pasukan ini

Perlawanan ini akan di’siarkan secara langsung di RTM 1 dan juga Astro Arena seawal jam 8.00 malam Bagi yang tidak dapat mengikuti di’kaca tv anda juga boleh menonton secara live streaming di’internet dengan melayari “link” di’bawah


Link -2 Live Streaming Astro Arena

Link -3 Wwitv


via: enciknakal.com

Tuesday, November 22, 2011

GAMBAR KEPULANGAN HARIMAU MUDA DI SAMBUT MERIAH

KEPULANGAN HARIMAU MUDA DI SAMBUT MERIAH

Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini. Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.


Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno. [KLIK SINI]


Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas. Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).











Sunday, November 20, 2011

MALAYSIA VS INDONESIA FINAL SUKAN SEA 2011

Keputusan Terkini Malaysia VS Indonesia Sea Games 2011

Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara itu berkunjung ke gelanggang keramat tersebut apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan SEA 2011.


Atas kertas, kedua-dua pasukan sudah memiliki ramuan tersendiri untuk bergelar 'sang juara' pada temasya Sukan SEA yang telah memasuki edisi ke-26.

Bagaimanapun, barisan Harimau Muda tidak harus terpedaya dengan provokasi daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda sepanjang perlawanan berlangsung kerana dikhuatiri mampu menjerat mereka di kandang lawan.

Kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A sebelum ini juga tidak harus dijadikan sebagai 'modal' untuk mereka tampil mendabik dada. [KLIK SINI]

Sebaliknya, anak-anak buah Ong Kim Swee itu seharusnya menganggap aksi final malam ini sebagai medan pertarungan yang baharu bagi mereka.


MALAYSIA ( 1 ) - ( 1 ) INDONESIA

PENALTI


Malaysia ( 4 ) – ( 3 ) Indonesia

Tahniah Malaysia Juara pingat emas!!!

STADIUM GELORA BUNG KARNO
21/11/2011
8.30 MALAM

Keputusan akan diupdate secara Live Score sebaik sahaja sepak bermula!

[Final SEA Games 2011] Gunawan Goal



[Final SEA Games 2011] Asrarudin Goal


[4-3 Penalti] Final SEA Games 2011

Thursday, November 17, 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS INDONESIA SUKAN SEA 2011

Keputusan Malaysia VS Indonesia Live Sukan SEA 17 November 2011. Malaysia Menang 1-0 Indonesia



Malaysia berjaya menewaskan pasukan Indonesia 1-0 sekaligus menjadi juara bagi Kumpulan A dalam aksi temasya Sukan SEA yang ke-26.

Gol Malaysia dijaringkan oleh gerakan solo yang menarik oleh Syahrul Azhuari pada minit yang ke 23.

Indonesia 0-1 Malaysia [SEA Games 2011] Syahrul Azwari Goal

Tuesday, November 8, 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS THAILAND SUKAN SEA 2011


LIVE KEPUTUSAN MALAYSIA VS THAILAND SUKAN SEA 9 NOVEMBER 2011

Jurulatih skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee boleh menghela nafas lega apabila barisan kendaliannya mengutip satu mata ketika seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA 2011. [KLIK SINI]

Sekalipun gagal mengutip tiga mata berharga, Kim Swee tetap menganggap mata ‘keramat’ itu mampu menjelmakan semangat buat anak-anak buahnya untuk tampil lebih garang bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Justeru, Kim Swee menuntut barisan Harimau Muda bangkit memburu tiga mata penuh apabila membuat perhitungan dengan musuh tradisi, Thailand di Stadium Gelora Bung Karno hari ini.

Ditanya kekuatan yang dimiliki Thailand, Kim Swee mengakui, lawan mereka itu masih layak bergelar jaguh di pentas Asia Tenggara biarpun barisan negara tampil selaku penyandang juara di bumi Jakarta.


Jika kekal dengan formasi 4-4-2, Kim Swee pasti meletakkan Izzaq Farris Ramlan dalam kesebelasan utama andai penyerang tinggi lampai itu sudah pulih daripada masalah cirit-birit yang dihidapinya sejak beberapa hari lalu.

Izzaq yang hanya beraksi seba- gai pemain gantian kelmarin, bakal bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani bagi menggempur kubu Thailand.

Peranan ‘arkitek’ tengah kembali diisi Irfan Fazail dan K. Guru- samy, manakala kapten Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari Ibrahim pula menggalas tugas di posisi sayap kiri dan kanan.

Benteng pertahanan pula kekal ditunjangi empat tonggak berpengaruh, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar (bek kiri) dan Mahali Jasuli (bek kiri), manakala Khairul Fahmi Che Mat terus diberi tanggungjawab menjaga gawang negara.

*Perlawanan Tamat*

Malaysia [ 2 ] vs [ 1 ] Thailand
Baddrol Bakhtiar , T.Natarid, Izzaq Faris

9 November 2011 SEA Games-26


@Keputusan akan dikemas’kini dari masa ke semasa sehingga tamat perlawanan secara LIVE SCORE

Jaringan Baddrol Bakhtiar


Jaringan Natarid



Jaringan Izzaq Faris



Highlight All Goal



kredit video to sokernet.com

Sunday, November 6, 2011

KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPURA SUKAN SEA 2011

TERKINI LIVE RESULT MALAYSIA VS SINGAPORE SUKAN SEA 2011

KATA orang, menang emas bagi acara bola sepak adalah jauh lebih bermakna berbanding muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan SEA. Justeru, ia memang satu cabaran yang cukup besar buat pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee pada temasya Sukan SEA 2011.


Tambahan pula, turun selaku juara bertahan selepas jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal berjaya menamatkan kemarau selama dua dekad di Vientiane, Laos dua tahun lalu.

Petang ini, Harimau Muda bakal melayan cabaran Singapura bagi aksi pembuka tirai Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pukul 4 petang (5 petang waktu Malaysia), sekali gus menjadi penentu sejauh mana kemampuan skuad Kim Swee pada temasya kali ini.

Tiga mata berharga perlu diraih bagi mengelak skuad negara terpaksa menempuh ranjau penuh berliku pada aksi seterusnya kerana tuan rumah, Indonesia dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan cabaran Kemboja dalam satu lagi aksi Kumpulan A pukul 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Dibawah merupakan senarai pemain yang dijangka beraksi pada perlawanan ini:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.

Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz.

Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani.

*Perlawanan Tamat*

Malaysia [ 0 ] – [ 0 ] Singapura

Sukan SEA ke 26 7 November 2011


@Keputusan perlawanan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa sehingga tamat perlawanan secara “Live Score”

Highlight Perlawanan










kredit to sokernet.com

Monday, October 24, 2011

HARGA TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2011 RM50

Tiket RM50 Bagi Semua Tempat Duduk

Kehangatan bahang Final Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober ini,makin lagi terasa kehangatannya. Apabila tiket untuk perlawanan ini berharga RM50,Kenaikan harga tiket ini terus menjadi pedebatan hangat di’kalangan kedua-dua penyokong final Piala Malaysia 2011 menerusi laman-laman sosial,yang paling ketara ialah di’laman Facebook


Berita ini juga dikongsikan di’laman Facebook FAM,Kenaikan ini berpunca bagi menampung kos baikpulih Stadium Shah Alam untuk keselesaan bersama.Dalam petikan berita terkini dari Utusan Online turut membuat laporan mengenai jumlah harga tiket ini.


"Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini akan mula dijual esok dengan harga RM50 bagi semua tempat duduk."

Perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam. – Utusan

Thursday, October 13, 2011

SAFEE SALI KAPTEN BARU PELITA JAYA

Safee kapten baru Pelita Jaya

TUGAS penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali bersama Pelita Jaya FC (PJFC) semakin mencabar apabila dilantik kapten kelab Liga Super Indonesia itu yang bercita-cita tinggi untuk muncul juara liga musim ini.

Pelantikan Safee itu diumumkan sebelum latihan pusat PJFC bermula di pangkalan mereka di Sawangan, Jakarta semalam menerusi pemilihan ketua jurulatih, Misha Radovic.


Penyerang berusia 27 tahun itu yang akan tampil dalam musim kedua bersama PJFC selepas berpindah dari Selangor Februari lalu menyifatkannya pengiktirafan tertinggi bagi dirinya apabila muncul pemain Malaysia pertama menjadi kapten bersama kelab luar di Indonesia.


“Saya sungguh terharu dan mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan pihak kelab yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas sebagai kapten kelab ini.

“Bagi saya ini tanggung jawab cukup besar dan amat mencabar kerana pasukan Pelita Jaya kali ini mempunyai ramai pemain import jadi saya berharap akan mendapat kerja sama yang baik dengan rakan sepasukan.


“Saya berjanji akan memberikan persembahan terbaik bagi memastikan kelab ini layak beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2013,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Arena Metro semalam.

Pemilihan Safee ini dilihat keputusan bijak yang dilakukan pengendali dari Serbia itu memandangkan impak dan pengaruh yang kuat dihasilkan pemain itu sejak menyertai PJFC.

Search This Blog

Labels