Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, February 17, 2012

AWAS! KELAB MURTAD DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK

Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.


Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.

sumber: myMetro

Wednesday, February 8, 2012

VIDEO KAKITANGAN KFC TENDANG PELANGGAN

Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.


Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.

Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.

Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”

Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.

Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu. -Kosmo

Sunday, February 5, 2012

VIDEO ROMPAKAN BERDARAH DI CYBER CAFE

Video Rompakan Berdarah Di Cyber Cafe 2/2/2012


Video satu rompakan berdarah di sebuah Cyber Cafe, mengikut maklumat yang terdapat di youtube tersebut, kejadian rompakan ni berlaku di pada 2/2/2012. Semoga perompak berjaya ditangkap. Saksikan video di bawah.


 sumber: Facebook

CAT FARISH DIMASUKKAN KE ICU?

Penyanyi rap tanah air yang terkenal, Cat Farish, salah seorang ahli bagi kumpulan Faboulus Cat dilaporkan terpaksa dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi.


Menurut blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, Cat Farish telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tawakal Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Difahamkan juga bahawa Cat Farish telah pun berada di dalam ICU selama beberapa hari tetapi, telah dipindahkan ke wad biasa pada hari berikutnya memandangkan keadaan dirinya kembali stabil.

Mungkin keadaan kerjanya yang sibuk dan tidak menentu memandangkan Cat Farish sedang berusaha menyiapkan projek terbarunya, 1MalaysiaTV yang menjadi punca dia jatuh sakit.

Apa-apa pun, sama-samalah kita mendoakan agar Cat Farish cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya yang tertangguh itu semula. Insyaallah.

kredit: mynewshub

Saturday, February 4, 2012

ARTIS DIHINA KERANA INSAF KEMBALI KE JALAN ALLAH

Artis Terima Pelbagai Gelaran Buruk Kerana Insaf Kembali ke Jalan Allah. Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.


Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.


Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

BERBIKINI TAPI BERPURDAH DI KEPALA UNTUK HINA ISLAM

Ketika umat Islam sedang mengadakan persiapan menjelang sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW, dunia dikejutkan laporan bahawa sebuah parti politik Belgium melancarkan kempen anti-Islam dan menghina agama Allah itu.


Lebih memburukkan lagi, ketua parti Vlaams Belang yang berhaluan kanan negara itu, Filip Dewinter, telah mempergunakan gambar anaknya, An-Sofie Dewinter, yang berbikini dan memakai purdah di bahagian kepalanya.

Pada poster itu juga ditampal slogan “Kebebasan atau Islam?” di bahagian buah dada gadis itu manakala dibahagian seluar dalamnya pula terdapat gesaan yang membawa maksud, “Kamu pilih!”.

Menurut laman berita antarabangsa, Dailymail.co.uk, poster kempen anti-Islam anjuran Filip itu bertujuan untuk menggesa golongan wanita supaya menolak Islam dan mereka berhak memilih ‘kebebasan’ berbanding agama tersebut.

“Kami mahu mereka (wanita) faham bahawa mereka sebenarnya mempunyai pilihan (untuk tidak memilih Islam,” kata Filip berhubung kempennya itu.


Selain itu, An-Sofie yang sebenarnya dipergunakan bapanya itu menafikan dirinya dipergunakan untuk tujuan kempen tersebut dan menegaskan bahawa dia bangga dengan poster gambarnya itu.

“Saya sendiri yang mencadangkan (poster tersebut)…kempen (melalui poster itu) ini memberikan gambaran jelas mengenai seluruh perasaan untuk isu ini..sebagai wanita, kita mesti memilih sama ada kebebasan atau Islam,” katanya tanpa rasa malu.

Parti Vlaams Belang turut berkempen bagi menghadkan kemasukan imigran beragama Islam ke Belgium dan bimbang dengan pengaruh Islam yang kian mendapat sambutan di negara tersebut.

Difahamkan juga bahawa Filip Dewinter merasakan dirinya sebagai patriot sejati Belgium dan bertanggungjawab bagi memastikan Belgium bebas dari pengaruh Islam.

kredit: mynewshub

RUMAH TERBALIK (UPSIDE DOWN HOUSE) DI BORNEO

Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia Dengan Mesej Alam Sekitar. Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.


Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.


Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.


Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.
















Yee menunjukkan rumah terbalik yang dibinanya di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. 


Kongsi gambar ini dengan rakan-rakan anda dengan klik "Share" button di bawah. Terima Kasih. :)

Friday, February 3, 2012

VIDEO ANJING SERANG TUANNYA SENDIRI HINGGA PARAH

Video Anjing Pittbull Menyerang Tuannya Sendiri Hingga Parah. Insiden serangan anjing ini bukanlah baru, di negara kita pun kerap terjadi. Malah acapkali serangan itu berakhir dengan kematian yang tragis.Tetapi yang jarang kita dengar ialah tuan punya anjing diserang anjingnya sendiri. Tetapi itulah yang berlaku pada seorang lelaki di Brazil.Kejadian ini terjadi di Avenida Presidente Wenceslau pada 22 Januari lalu.


Seekor anjing yang dikenali sebagai Pitbull (anjing ganas) telah menyerang tuannya sendiri, Dejail Cesar Goncalves, 54, dibelakang rumahnya.Anjing tersebut menggigit dan mengoyakkan tangan kanan tuannya.

Walaupun dengan tiga pukulan, anjing itu bertindak balas dengan lebih ganas dan berpindah menyerang bahagian kepala dan leher pula. Maaf, dalam video tidak ditunjukkan sepenuhnya.

Tidak lama kemudian, pengawal perbandaran datang dan terpaksa melepaskan tiga tembakan kepada anjing itu dan anjing tersebut masih kuat untuk menyerang kemudiannya melepaskan satu lagi tembakan.Dejail Cesar dibawa ke Hospital dengan keadaan yang kritikal kerana banyak kehilangan darah.

kredit: mynewshub


JANGAN TINGGALKAN LAPTOP DI ATAS KATIL, BANTAL

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.


Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Sebab saya menulis surat ini kepada anda semua bahawa saya telah melihat ramai di antara kita menggunakan komputer riba semasa di atas katil. Risiko tersebut adalah benar. Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.

“Sila sebarkan kepada semua orang yang anda tahu, anda mungkin menyelamatkan nyawa seseorang”

Thursday, February 2, 2012

ANI MAYUNI DI BELASAH SUAMI

Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.


Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.


Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.

sumber: myMetro

Wednesday, February 1, 2012

SAFEE SALI JUTAWAN BOLA SEPAK PERTAMA MALAYSIA

Safee Sambung Kontrak Bernilai RM2 Juta Bersama Pelita Jaya FC. Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.


Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurutnya, Safee turut mendapat penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Pada Selasa, akhbar Warta Kota Indonesia melaporkan Safee bakal menerima gaji sekitar Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan jika memperbaharui kontrak bersama kelab tersebut. Kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).

LATAR BELAKANG

Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali
Tarikh lahir: 29 Januari 1984
Tempat lahir: Selangor
Tinggi: 1.70 meter
Posisi permainan: Penyerang
Kelab terkini: Pelita Jaya FC
Nombor jersi: 55

Kerjaya senior:

2003-2005 (Kuala Lumpur FA)
2005-2006 (Sarawak FA)
2006-2011 (Selangor FA)
2011 (Pelita Jaya FC)
2012-2013 (Pelita Jaya FC)

Pasukan kebangsaan:

2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)
2007 (Malaysia)

Anugerah:

- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010
- Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )

Monday, January 30, 2012

KETUA POLIS NEGARA MENINGGAL HANYA KHABAR ANGIN

PDRM nafi khabar angin Ketua Polis Negara meninggal dunia. Bukit Aman pagi tadi menafikan khabar angin bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia di London dipercayai disebarkan pihak tertentu yang berniat jahat. 


Ismail dilaporkan berada dalam keadaan baik dan memenuhi setiap program diaturkan sempena lawatan rasmi beliau ke United Kingdom.

Beliau yang berlepas ke United Kingdom, 25 Januari lalu dengan ditemani isteri, Puan Sri Suriati Md Sobri dijadual akan turut menyampaikan taklimat mengenai perkembangan keselamatan di Malaysia kepada pucuk pimpinan polis dan pasukan keselamatan negara itu.

Di KLUANG, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan penyebaran khabar angin itu sebagai satu fitnah jijik.


sumber: BH

Sunday, January 29, 2012

SARA 1Malaysia (SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA)

Hujung bulan ini bakal dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia  (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri.


Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?
  1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
  4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)
  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. 
  2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
  3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas? 
  3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Saturday, January 28, 2012

BIODATA USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

Biodata Profil Ustaz Don (Don Daniyal Don Biyajid). Pasti ramai yang ingin mengetahui biodata Ustaz Don Daniyal ini bukan. Bagi sesiapa yang mengikuti rancangan beliau iaitu 30 Minit Bersama Ustaz Don, anda mesti tertarik dengan cara penyampaian Ustaz Don yang santai dan memilik aura pendakwah yang tersendiri. Jom kita lihat serba sedikit biodata beliau.


Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir







GAMBAR AZNIL NAWAWI BERKERUSI RODA AKIBAT TERSELIUH

Akibat Terseliuh, Aznil Berkerusi Roda Ke Sarawak. Pengacara Aznil Nawawi terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk ke Sarawak kerana kaki kanannya terseliuh dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.


Aznil yang ditugaskan untuk menjadi juri program realiti On Air terbitan Astro di sini berkata, sebelum berlepas dia singgah di sebuah bilik air terlebih dahulu.

Bagaimanapun secara tidak sengaja dia tersalah langkah membuatkan kakinya terseliuh sehingga sukar untuk bergerak.

"Saya benasib baik apabila pihak keselamatan lapangan terbang menyediakan kerusi roda untuk memudahkan saya bergerak ke pesawat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui semasa uji bakat program On Air di Hotel Merdeka Palace di sini, Sabtu.

Kata Aznil, semasa dalam pesawat ramai peminatnya terkejut apabila melihat keadaanya itu.

Aznil memberitahu dia tidak sempat berjumpa doktor kerana terpaksa memberi tumpuan kepada uji bakat yang di adakan selama dua hari bermula Sabtu.

"Saya akan berjumpa doktor selepas habis uji bakat. Walaupun kaki saya berdenyut-denyut tetapi saya dapat laksanakan juga tanggungjawab saya ini," katanya.

Jelas Aznil, buat masa ini dia menggunakan ubat tahan sakit.

sumber: mStar Online

Friday, January 27, 2012

PEPSI NAFI GUNA JANIN DALAM PRODUK

Pepsi sangkal dakwaan guna janin dalam produk. Senator dari Oklahoma, Ralph Shortey semalam mencadangkan undang-undang untuk mengharamkan sebarang penggunaan janin dalam makanan.


Rang undang-undang itu dikemukakan selepas khabar angin tersebar menerusi Internet, mendakwa syarikat minuman ringan, Pepsi, menggunakan janin dalam produknya. PepsiCo menafikannya dan menyifatkan khabar angin itu sebagai palsu.

“PepsiCo tidak pernah menjalankan atau membiayai kajian yang menggunakan sebarang tisu manusia atau sel yang diperoleh daripada janin,” kata jurucakapnya, Peter land.

Khabar angin itu bermula ekoran permohonan paten daripada satu pembekal Pepsi yang memetik penggunaan sel HEK293 dalam proses kajian bagi satu penguji-rasa tiruan.

HEK293 diperoleh daripada janin yang digugurkan dan ia banyak digunakan dalam kajian bioteknologi. - AP

sumber: myMetro

Thursday, January 26, 2012

ANA RAFFALI NIKAH 25 FEBRUARI 2012?

Benarkah Ana Raffali Nikah Pada 25 Februari 2012?

Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.


mStar Online difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.

Ana yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.

“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.

“Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,” katanya.

sumber: mStar online

Monday, January 23, 2012

LELONG BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) DI MUDAH.MY

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) di Internet

Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi amaran akan merampas Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) daripada pelajar yang cuba menyalahgunakan baucar berkenaan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memanfaatkan BB1M bernilai RM200 untuk membeli buku ilmiah, sebaliknya menjualnya kepada pihak ketiga.


"Namun, agak sukar kita memantau kes seumpama ini kerana bilangan yang melakukan kesalahan terbabit adalah kecil berbanding 1.3 juta yang layak menerima insentif berkenaan. Bagaimanapun, jika dapat kesan mereka, kita akan rampas baucar kerana tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang dimaksudkan." katanya ketika dihubungi semalam. 

Beliau berkata, baucar berkenaan dilengkapi ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan bagi mengelakkan disalah guna pihak tidak bertanggungjawab. 

Ditanya sama ada sebarang langkah pencegahan seperti mencetak nama pelajar pada baucar dapat mengekang perbuatan itu, beliau berkata ia sudah terlewat kerana baucar BB1M sudah diagihkan. 


Pemberian baucar BB1M kepada semua penuntut warga negara di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPTA dan IPTS, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012. Tempoh sah laku bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2012 dan pelajar perlu membuat perancangan rapi bagi pembelian bahan rujukan seperti buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran yang penting mengikut keutamaan. 

KPT dalam satu kenyataan sebelum ini, mengesyorkan pelajar yang layak menerima BB1M supaya berbincang dengan rakan lain untuk menyenaraikan bahan akademik diperlukan bagi mengelakkan pembelian bahan sama, sekali gus membolehkan pembelian lebih banyak bahan rujukan untuk dimanfaatkan bersama bagi tujuan pembelajaran. 

Tenaga pengajar pula diminta memberi cadangan mengenai kesesuaian sesuatu bahan rujukan bagi memastikan bahan yang dibeli memberikan maklumat maksimum kepada pelajar. 

Sementara itu, penerbit atau kedai buku yang terpilih di bawah skim BB1M disaran memberikan potongan harga bagi merancakkan pembelian, selain menarik minat pelajar menambah kuantiti dan mempelbagaikan jenis bahan rujukan yang boleh dibeli. 

Kebijaksanaan pelajar memilih bahan rujukan akademik pada harga RM200 adalah penting bagi mengelakkan pembelian yang kurang menepati kehendak kursus atau pengajian yang mereka ikuti. -BH

Sunday, January 22, 2012

KAMAL ASHNAWI ORANG TERKAYA DI DUNIA?

Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?

Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).


Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu. 
“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

sumber: Utusan

Friday, January 20, 2012

VIDEO SUARA ANEH DARI LANGIT KOTA SAMARAHAN SARAWAK

Strange voice heard across Kota Samarahan

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di internet di seluruh dunia.


Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark. Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

SUARA ANEH DARI LANGIT KOTA SAMARAHAN SARAWAK




 sumber: youtube BoyRahan

Search This Blog

Labels