Saturday, February 11, 2012

GAMBAR KEKASIH AIMAN HAKIM RIDZA?

Siapa yang tidak kenal dengan Aiman Hakim Ridza yang tiba-tiba namanya melonjak naik kerana mutu lakonannya yang mampu membuatkan hati setiap gadis remaja cair dengan karakter romantik yang di bawa dalam slot drama TV3, Vanilla Coklat.


Pastinya ramai gadis mengidamkan Aiman sebagai kekasih hati setelah melihatkan jejaka ini berjaya menambat hati si isteri sendiri walaupun pada awalnya bermain tarik tali.

Pun begitu, di luar dari drama itu, realitinya Aiman sudah pun mempunyai kekasih hati!

Gambar yang memaparkan kekasih Aiman ternyata membuktikan jejaka hensem itu sudah pun mengunci hatinya buat gadis cantik yang bertuah itu.

Buat gadis-gadis di luar sana, janganlah kecewa memandangkan Aiman dan kekasihnya sudah pun lama menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah lagi.

Apa-apa pun, sama-samalah mendoakan kebahagiaan buat Aiman dalam hubungan kasih antara dia dan kekasih dan menyokong karier seninya hingga berjaya berada di puncak yang tinggi.

Tak salah rasanya kalau menyokong bakat dan kebolehan Aiman walaupun dia sudah berpunyakan?

kredit: mynewshub

No comments:

Search This Blog

Labels