Thursday, February 23, 2012

GAMBAR PERKAHWINAN LISA SURIHANI DAN YUSRY

Semalam berlangsungnya majlis pernikahan penuh meriah antara pasangan selebriti terkenal, Yusry dan Lisa Surihani. Mereka berdua selamat dinikahkan dengan jayanya. Paling berjaya bila Yusry tidak gagal dan hanya sekali lafaz, mereka berdua sah diijabkabulkan.


Anggota kumpulan KRU iaitu, Yusry Abdul Halim mendedahkan dia sebenarnya tidak lagi percaya kepada cinta selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan pelakon Erra Fazira enam tahun lalu.

Yusry, 39, bagaimanapun berkata, perasaan itu berubah selepas bertemu dengan pelakon Lisa Surihani yang telah berjaya membuka semula hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya.

"Jujur saya katakan bahawa saya tidak lagi percaya kepada cinta lagi selepas kegagalan pekahwinan saya dulu. Tetapi Lisa telah mengubah pendirian saya itu sehingga membawa kami kepada ikatan perkahwinan.

"Dia adalah insan yang telah berjaya membuka pintu hati saya dan saya amat bersyukur dengan anugerah itu," ujarnya selepas selesai upacara akad nikah di Hotel Marriot di sini pada malam Khamis.


Lisa menerima seutas rantai plantinum sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Hampir 250 tetamu dikalangan ahli keluarga terdekat kedua mempelai dan wakil media hadir pada majlis itu.

Tambah Yusry, dia jatuh cinta dengan Lisa kerana kebolehan wanita berusia 26 tahun itu bergaul dengan orang tua, pandai melayan karenah kanak-kanak dan kesempurnaan Lisa pada pandangan matanya.

Dalam pada itu, Lisa ketika ditemui memberitahu Yusry telah melengkapkan kehidupan beliau sebagai seorang wanita dan selesa bersamanya.

Ujarnya, Yusry telah mengajarnya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan sempurna selain tertawan dengan sifat rendah diri lelaki tersebut.

"Daripada awal hubungan kami bukan main-main dan pada ketika itu juga saya tahu dia adalah lelaki yang tepat untuk saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pasangan pengantin baru ini bakal menjelajah ke benua Eropah untuk berbulan madu.

Yusry berkata, mereka akan berangkat ke sejurus selepas selesai majlis resepsi perkahwinan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini.

"Kami berdua akan berlepas ke Switzerland terlebih dahulu sebelum menjelajah ke tempat lain dengan menaiki kereta," ujarnya.

Tambahnya, mereka memilih negara Eropah kerana sukakan cuaca sejuk dan akan berbulan madu selama dua minggu.

Ditanya mengenai soal anak, kedua-dua mereka berharap akan dikurniakan anak secepat mungkin.

"Jika boleh saya mahu empat orang cahaya mata," ujar Lisa.

Lisa juga memberitahu selepas kembali daripada bercuti, kedua-dua mereka akan kembali sibuk dengan tugas masing-masing.













GAMBAR PERNIKAHAN LISA SURIHANI DAN YUSRY

Dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim, 39, sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26.


Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis. Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.


Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek. Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.


Lisa tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry dengan rona putih manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan 'Winter Garden'.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sebelum ini, Lisa telah selamat melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai, majlis khatam Al-Quran untuk bergelar raja sehari. Ini merupakan perkahwinan pertama buat Lisa dan kedua untuk Yusry yang pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira. Astro Awani turut menyiarkan secara langsung perkahwinan Lisa dan Yusry itu.









kredit gambar: rotikaya.com , beautifulnara.com dan ohbulan.com

YUSRY DAN LISA SURIHANI SAH BERGELAR SUAMI ISTERI

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi.


Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat  kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

Hari Ahad ini pula berlangsungnya majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu.



Lagi gambar pernikahan akan menyusul.

GAMBAR FERRARI DATO LEE CHONG WEI

Dato' Lee Chong Wei memang terkenal sebagai pemain badminton berstatus nombor satu dunia, dan kehebatan di gelanggang juga tidak dinafikan. Dah atlet yang berjaya, jadi dah secocoknya dia menerima banyak imbuhan dan insentif daripada kerjayanya itu. Kini dengan usahanya itu, dia memiliki Ferrari F430 yang dikhabarkan atlet pertama memilikinya.



Sebelum ini Chong Wei dikhabarkan memiliki Nissan GTR R35, namun kereta itu dikatakan dijual untuk membeli kereta Ferrari ini. Selain itu Chong Wei juga mempunyai kereta BMW X6 Coupe dan Proton hitam Inspira 2,0 (hadiah dari Proton)

sumber: izyan.com

Wednesday, February 22, 2012

GAMBAR ADI PUTRA DAN ISTERI, SO SWEET

Difahamkan Adi Putra dan isteri sudah pun berkahwin selama 5 tahun namun masih belum ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata. Kepada peminat Adi Putra, marilah sama-sama kita doakan agar Adi Putra dan isteri dimurahkan rezeki untuk bergelar ibu dan ayah.









kredit gambar: beautifulnara

APABILA ERIN MALEK BERGAMBAR SAMBIL MIMIK MUKA

Terima kasih kepada pengirim email Kak Nam Kepohhh atas gambar yang diberi, janji Erin Malek bukan buat duck face yang tengah trend zaman skang ni. Hehe, layan je gambar bawah ni.






Tuesday, February 21, 2012

FOTO MAJLIS BERSIRAM DAN KHATAM QURAN LISA SURIHANI

Memilih untuk diijabkabul pada pagi Khamis, 23 Februari, mereka memilih Hotel Marriott, Putrajaya sebagai lokasi memeterai janji. Selang dua hari kemudian, Lisa dan Yusry akan beralih ke Pusat Konvensyen Putrajaya untuk majlis resepsi kedua-dua belah pihak.


Umum dah ketahui bahawa Lisa Surihani akan adakan Majlis Bersiram, Berinai dan Khatam Al-Quran sebelum Majlis Perkahwinannya.. Jom saksikan gambar-gambar tersebut.


Keseronokan Lisa bersama teman-teman rapatnya mengenakan inai di jari masing-masing menjelang majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini. Hanya tinggal satu hari saja lagi sebelum Lisa melangkah ke alam berumahtangga. Sememangnya terpancar keceriaan di wajah pelakon popular itu bersama teman-temannya sewaktu mengenakan inai di jari.


Majlis khatam Quran pelakon terkenal Lisa Surihani yang menjelang esok bakal menamatkan zaman bujangnya. Mengikut adat dan tradisi Melayu, majlis tersebut berlangsung dalam suasana yang cukup santai tetapi penuh bermakna khususnya buat Lisa sendiri.


Selama ini GUA hanya sedar akan wujudnya majlis bersiram untuk puteri-puteri raja sahaja. Rupanya primadona filem Melayu kita, Lisa Surihani juga berpeluang untuk melalui pengalaman tersebut. Majlis bersiram itu telah berlangsung pada hujung minggu lalu.

kredit: Portal Gua dan Pretty Peektures

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN MISHA OMAR

Penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta, Misha Omar selamat melangsungkan majlis pertunangannya yang berlangsung dalam suasana sederhana di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pukul 1 tengahari. Foto-foto majlis pertunangan tersebut yang diadakan secara tertutup bagi memenuhi permintaan keluarga.








Tahniah Misha & Firoz!


kredit: gua.com.my

Search This Blog

Labels