Saturday, December 31, 2011

GAMBAR AARON AZIZ DAN ISTERI DIYANA HALIK

(Gambar) Isteri Mula Risau Aaron Aziz Semakin Popular & Digilai

Perempuan mana yang tidak mahu gilakan lelaki sekacak Aaron Aziz. Lebih-lebih lagi jika mengetahui yang Aaron Aziz adalah seorang family man.


Isteri aktor kacak yang semakin meningkat naik ini, Diyana Halik mula meluahkan rasa risau beliau terhadap situasi ini.

Diyana bukan setakat risaukan populariti Aaron Aziz tetapi juga risaukan ketampanan suami tersayang.

Mungkin kerisauan Diyana mula terbit selepas Aaron Aziz menjadi duta kecantikan untuk L’Oreal & imej melalui iklan menunjukkan yang Aaron Aziz memang layak di’gelar lelaki terkacak Malaysia.

Ramai yang kurang kenal akan wajah isteri Aaron Aziz mahu pun keluarga beliau. Jom tengok.







via: rotikaya.com

SENARAI KUTIPAN FILEM MALAYSIA TAHUN 2011

Senarai Kutipan Filem Malaysia Sepanjang Tahun 2011, KL Gangster Pegang Takhta Dengan RM11.74 Juta

Tahun 2011 boleh dikatakan tahun yang sangat baik untuk industri filem Malaysia. Berdasarkan laman web Finas, 42 buah filem telah dan sedang ditayangkan (filem Papa I Love You baru ditayangkan bermula 29hb Disember 2011). Ini satu perkembangan yang sangat sihat. Persoalannya filem manakah yang memegang takhtan kutipan terbanyak untuk tahun 2011 ini?

Klik Gambar Untuk Lebih Jelas..

Ternyata filem arahan Pengarah Terbaik FFM24, Syamsul Yusof iaitu filem KL Gangster masih memegang takhta dengan kutipan sebanyak RM11.74 juta. Filem Ombak Rindu yang dikatakan mampu menggugat KL Gangster berada di tangga kedua dengan kutipan sekitar RM10.79 juta. Manakala filem Ratu The Movie berada di tangga tercorot dengan kutipan sekadar RM200,000 diikuti dengan filem Abuya dengan kutipan RM220,000. Filem Suatu Malam Kubur Berasap tidak dikira kerana tempoh tayangan masih belum tamat.

via: beautifulnara

WARDINA SAFIYYAH MENINGGALKAN MHI

WARDINA SAFIYYAH MENINGGALKAN MHI


Minggu ini dan juga semalam, Jumaat maka pengacara kita yang kita sayangi, Wardina bakal meninggalkan Malaysia Hari Ini di TV3. Katanya melalui laman sosial Twitter miliknya. Wardina sangat sedih dengan berita ini memandangkan MHI adalah satu program yang menapak dihatinya selama 5 tahun. Dan kini tidak dipastikan mengapa dia meninggalkan program berkenaan, mungkin rezeki Wardina tidak lagi disitu, mungkin ditempat lain.



via: izyan.com dan twitter @WardinaSafiyyah


Friday, December 30, 2011

IZREEN AZMINDA PERCAYA BAKAL TUNANG

Tepis Segala Fitnah, Izreen Azminda Percaya Bakal Tunang

Pelakon drama bersiri Juvana, Izreen Azminda tetap akan menerima Mohammad Riza Baharuddin sebagai calon suaminya walaupun terdapat pelbagai tohmahan dan fitnah buruk dilemparkan kepada pemuda tersebut sebelum majlis pertunangan mereka pada Ahad.


Izreen berkata, dia meletakkan keyakinan seratus peratus terhadap Riza kerana dia telah pun menjelaskan mengenai hal peribadinya serta tuduhan terhadap e-mel yang disebarkan baru-baru ini.

"Setiap orang ada sejarah hitam tersendiri. Mungkin dia sudah berubah dan saya tidak peduli dengan apa juga kisah silamnya kerana dia adalah lelaki yang tidak seperti mana digambarkan.

"Saya menerima dia dengan hati terbuka dan penuh keyakinan. Saya tidak akan menilai siapa dirinya sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Dalam pada itu, Izreen berkata, dia mendapat tahu mengenai perihal e-mel yang memfitnah Riza daripada rakan-rakanya yang membaca dalam blog hiburan dan tidak terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan.

Izreen berkata, sepanjang berkawan dengan Riza, dia mendapati lelaki berstatus duda anak satu itu adalah seorang yang baik dan selesa bersamanya.

"Saya hanya mendapat tahu mengenai e-mel berkenaan semalam (Rabu) dan telah meneliti kandungan e-mel itu.

"Mana-mana perkara yang benar bagi saya biarlah itu menjadi sejarah hidupnya dan fitnah dilemparkan pula bagi saya adalah tidak adil untuk kami berdua terutamanya di saat kami ingin melangkah ke fasa baru dalam hubungan kami," katanya.


Terdahulu, blog hiburan mendedahkan mendapat maklumat daripada seorang individu dengan gelaran MJ mendakwa Riza pernah berkahwin dengan bekas isteri kepada seorang pelakon lelaki popular.

Selain itu, Riza didakwa masih menyimpan foto dan video percutian bersama kekasihnya dikenali sebagai Rafeda semasa masih bergelar suami kepada isteri pelakon lelaki berkenaan.

E-mel tersebut turut merayu kepada Izreen untuk bersemuka dengan wanita yang pernah dikaitkan dengan Riza itu.

Sementara itu, bercerita mengenai majlis pertunangannya yang bakal berlangsung di Alor Setar, Kedah pada Ahad, Izreen membritahu, segala persiapan telah pun dibuat dan hanya menanti detik bergelar tunangan orang.

Katanya, majlis pertunangan itu nanti akan diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.

"Sejujurnya saya gementar untuk menanti hari pertunangan itu dan berharap segalanya berjalan dengan lancar," ujarnya.

Izreen berkata, dia dan Riza berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan sebelum Hari Raya Aidilfitri depa jika jadual kerjaya mereka tidak padat.

via: mStar

GAMBAR BERSOSIAL : BUNGA CITRA LESTARI TIDAK EMOSI

Gambar Bersosial : Bunga Citra Lestari Tidak Emosi

Penyebaran beberapa keping gambar sosial di Internet pada 27 Disember lalu tidak membuatkan penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan perasaan emosi tetapi menerimanya dengan tenang.


Menurut BCL menerusi laman Twitter untuk kelab peminatnya, BCLicious, dia tidak mahu mengambil pusing dengan gosip yang tersebar itu kerana lebih mengetahui apa yang berlaku.


“Buat BCLicious, tidak usah hendak emosi dengan berita-berita itu. Biarkan sahaja. Kita senyum saja ya. Yang penting kita tahu kebenarannya,” kata BCL dalam akaun Twitternya.

Terdapat minuman keras dalam gambar-gambar BCL dengan kawan-kawannya termasuklah salah satunya menunjukkan BCL sedang memegang rokok. Turut kelihatan dalam gambar itu suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.


Media di Indonesia menganalisis bahawa penyebaran gambar berkenaan disengajakan bagi melariskan album BCL yang bakal keluar tidak lama lagi.

via: mStar

OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011

Osbon Pemenang Tempat Pertama Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000

Osbon yang sememangnya salah satu peserta favourite sepanjang masa terpilih sebagai pemenang Maharaja Lawak Mega 2011.


Kumpulan yang di’anggotai oleh Os dan Abon ini berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 selain trofi kemenangan tajaan Astro.

Tempat kedua di’menangi oleh kumpulan Boboi dengan hadiah wang tunai RM250,000 beserta trofi. Ramai sebenarnya jangkakan kemenangan mutlak malam ini milik Boboi tetapi tuah nyata menyebelahi kumpulan Osbon.

Kumpulan dari Indonesia, Saehu membawa pulang wang tunai RM150,000 & trofi. Wakil Singapura, Syok berpuas hati dengan RM50,000 & trofi selepas hanya layak menduduki tempat keempat. 

Tahniah kepada semua peserta! Bagi anda yang ingin melihat video persembahan semua peserta, boleh [KLIK SINI]

via: rotikaya.com

GAMBAR MYKAD BARU MULAI 3 JANUARI

JPN mula keluarkan MyKad baru mulai 3 Januari

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said. 

Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.


Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

"MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

"Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

Beliau berkata MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.


Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.

"JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

"Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak," katanya. - BERNAMA


PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Kad pengenalan baru ini ditambah baik dari segi reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lama, menggunakan teknologi tulisan laser pada permukaan kad dan menggunakan cip baru yang lebih tahan lama. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor. - Foto Effendy Rashid

Search This Blog

Labels