Friday, December 30, 2011

TAHUN 2011 AMAT BERMAKNA BUAT NAJWA LATIF

Senyuman 2011 milik diriku

DARIPADA orang biasa-biasa, muncul menjadi luar biasa. Ia seperti sangat mudah, tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangka.

Istimewanya gadis ini ialah dia terkenal apabila lagu miliknya yang bertajuk Cinta Muka Buku menjadi perhatian setelah dimuat turut ke laman YouTube.


Lagu tersebut bukan sahaja berjaya membawa namanya terkenal secara mendadak tetapi juga meletakkan muzik santai miliknya menjadi antara kegilaan remaja di negara ini. Najwa meraih kemewahan melalui kreativiti bergandanya itu.

Bagi Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 16, tahun ini merupakan tahun paling bermakna untuknya.

Mana tidaknya mengambil masa hanya 6 bulan sahaja, dia telah berjaya mencapai pelbagai peluang dan yang paling hebat adalah melayakkan diri ke pertandingan akhir Muzik Muzik ke-26 pada 29 Januari ini depan.

“Saya langsung tidak menyangka bahawa Cinta Muka Buku membawa saya sehingga ke tahap ini dalam jangka waktu yang begitu singkat.

“Bagaimanapun saya tetap bersyukur dengan rezeki mendadak ini, di mana saya akan menghargai peluang yang diberikan untuk memperbaiki perjalanan muzik saya di dalam industri,” katanya, berkongsi bahagia dengan Utusan Malaysia.

Sedar akan peluang yang terimanya ini terlalu cepat, menurut Najwa dia tidak pernah menduga perjalanan seninya ini akan bermula seawal dia di bangku sekolah lagi.

“Saya sendiri tidak percaya akan berada di sini secepat ini.

“Bagaimanapun itu bukan perkara yang perlu saya rungsingkan kerana apa yang penting saya masih di dalam proses pembelajaran untuk melalui liku-liku sebagai seorang penghibur di negara ini,” katanya yang bernaung di bawah label NAR Records.

Najwa memberitahu walaupun kini dia sudahpun bergelar penyanyi professional namun tiada salahnya jika peminat di luar sana masih mahu mengenalinya dengan gelaran sebagai “gadis YouTube”

“Saya bermula dari situ (YouTube), dan saya tidak pernah mahu melupakan landasan pertama saya.

“Sehingga ke saat ini pun masih ada peminat yang menggelarkan saya sebagai gadis You Tube, dan jujur saya katakan saya tetap selesa dengan gelaran itu,” kata.

Bakal menghadapi peperiksaan penting pada tahun hadapan, menurut Najwa di dalam memastikan dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran dia akan mengurangkan aktiviti seninya mulai bulan Mac hadapan.

via: utusan

TAHNIAH! DAVID TEO KINI BERGELAR MEJAR

Tahniah!! David Teo Kini Bergelar Mejar!

Tahniah diucapkan kepada penerbit paling produktif di Malaysia, Mr David Teo atas pengurniaan pangkat yang membawa kepada gelaran Mejar Kehormat David Teo atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Agong. Majlis disempurnakan oleh Panglima 12 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Nazir Bin Mami.


Kata Mejar David Teo, kenaikan pangkat nie adalah 1 penghargaan dan akan digunakan untuk terus memupuk minat masyarakat untuk menyertai askar Wataniah dan memberi simbolik bahawa penyertaan dalam askar wataniah adalah sangat seronok dan menghiburkan.

So kepada korang apa lagi, jom ramai-ramai join Askar Wataniah, mana tau sebumbung dengan Mejar David Teo dan artis-artis lain, kan? Hehe. Jom layan gambar sekitar majlis pengurniaan pangkat tersebut. Cekidautt!!






via: MiG Online

Thursday, December 29, 2011

10 KELAHIRAN ANAK SELEBRITI TEMPATAN 2011

10 Kelahiran Yang Dinanti Sepanjang 2011

Menimang cahayamata adalah anugerah terbesar dari yang maha Esa. Nikmat kegembiraan yang diberikan Allah hanya dapat dirasai oleh pasangan tersebut. Jadi, tidak hairanlah selepas pasangan selebriti diijab kabul, peminat pastinya ternanti-nantikan berita gembira pasangan itu bakal dikurniakan anak.


Sepanjang 2011, ramai selebriti tempatan dimurahkan rezeki dengan menerima zuriat. Malah, berita gembira ini lebih menarik perhatian masyarakat untuk mengetahui wajah anak selebriti itu.

Istimewa daripada murai.com.my, berikut adalah pasangan selebriti yang menerima cahaya mata sepanjang 2011.

1. Nur Nashrullah - Anak Darling Ngasri


Penantian Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri selama dua tahun untuk menimang cahayamata akhirnya terlerai apabila anak sulungnya yang diberi nama Nur Nashrullah selamat dilahirkan pada 21 Mei 2011. Kelahiran anaknya itu dianggap sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan Darling bersama suaminya, Nur Azlin Rahmat yang disambut setiap 31 Mei. Anaknya itu dilahirkan seberat 3.4 kilogram di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.

2. Aida Eirdeena - Anak Aida Gadis Melayu


Penyampai Buletin Utama, Saiful Nizam yang berkahwin bersama juara program Gadis Melayu musim pertama, Aida pada 4 Jun 2010 tersenyum bahagia dengan kelahiran anak sulungnya pada 29 Jun 2011. Pasangan itu telah menamakan anaknya itu Aida Eirdeena. Dalam kegembiraan itu, pasangan berkenaan terpaksa menempuh dugaan apabila Eirdeena disahkan menghidap masalah jantung. Pun begitu, keadaan Eirdeena semakin pulih sebaik saja menjalani pembedahan pada 14 September lalu.

3. Iman Danielle Iking Azmi - Anak pengacara, Daphne Iking


Perkahwinan kali kedua Daphne Iking bersama Azmi Abdul Rahman Januari lalu dikurnikan puteri sulung bernama Iman Danielle Iking Azmi. Anaknya ini dilahirkan pada Oktober 2011. Difahamkan anak Daphne dengan perkahwinan pertama iaitu Isobel Danielle sangat gembira kerana mendapat adik.

4. Ahmad Danial - Anak pasangan Along & Zila


Impian pelawak Along Cham bersama isterinya, Zila Seeron untuk menerima cahaya mata tercapai setelah anak sulungnya lahir tepat jam 2.04 petang pada 13 November lalu. Putera sulung pasangan ini diberi nama Ahmad Danial. Kelahiran putera sulungnya ini dianggap sebagai rezeki terbesar buat pasangan ini kerana sejak Zila mengandung, Along sering saja dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.

5. Sharifah Alya - Anak Ayu OIAM


Sungguhpun anak sulung juara One In A Million, Ayu masih belum diketahui wajahnya, dalam diam-diam penyanyi ini telah selamat melahirkan anak kedua pda 14 Julai 2011. Anak kedua yang diberi nama Sharifah Alya Adriana lahir di Kota Kinabalu, Sabah. Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit dan suaminya, Syed Fauzi Syed Baharudin masih lagi berahsia wajah anak sulungnya Syed Nashrul Haikal yang sudah berusia 2 tahun.

6. Tuah Kalif -Anak penyampai Radio Era, Haniff


Kelengkapan kebahagian perkahwinan penyampai pagi Era, Haniff bersama isterinya termetri apabila anak sulungnya lahir pada 13 November lalu. Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2010 telah menamakan anak mereka Tuah kalif. Anaknya itu selamat dilahirkan dengan berat sebanyak 3.4 kilogram pada jam 7.06 malam.

7. Uwais Alqarni - Anak Shuib & Sarah Raisudin


Kehadiran permata hati pertama pasangan selebriti popular, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin yang telah selamat dilahirkan sekitar jam 10.19 pagi pada 4 Disember lalu nyata merupakah tuah buat pasangan ini. Diberikan nama Uwais Alqarni, Shuibmerasakan kehadiran cahaya mata lelaki itu umpama tuah yang menyinari hidup mereka berdua pada masa kini dan akan datang. Uwais Alqarni telah selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Ampang Puteri.

8. Iman Lilly dan Tiara Rose - anak pelakon Sazzy Falak


Pada 28 April lalu,Pelakon dan pengacara popular, Sazzy Falak, 30, telah selamat melahirkan bayi kembar perempuan dengan cara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court sekitar jam 8 pagi. Pasangan Sazzy dan suami, Nazril telah menamakan dua bayi comel seberat 2 kilogram itu, dengan nama Iman Lilly Nazril dan Tiara Rose Nazril. Pada jam 8.24 pagi, bayi pertamanya telah selamat dilahirkan, diikuti bayi kedua yang menyusuri seminit selepas itu.

9. Alehandra Ahmad - anak penyanyi, Aqasha


Bersyukur dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Alehandra Ahmad, pada 6 September lalu, pelakon dan penyanyi, Aqasha menganggap kehadirannya itu melengkapkan kehidupannya bersama isteri Noor Baizura Mohd Sabri. Nama putera sulungnya itu membawa maksud pejuang yang terpuji. Nama tersebut sememangnya telah lama diminati Aqasha sedari bujang lagi.

10. Leia Rose - anak Marion Caunter


Marion Caunter telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 16 Disember lalu. Marion atau nama Islamnya Marion Rose Caunter Abdullah dan suami, SM Nasarudin telah mengumumkan kelahiran bayi mereka laman di Twitter. Difahamkan, puteri sulung pasangan sensasi ini diberi nama Leia Rose Caunter Nasarudin.

via: murai.com.my

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA FINAL

VIDEO YOUTUBE MAHARAJA LAWAK MEGA AKHIR

Kini Maharaja Lawak Mega telah’pun sampai kemuncaknya.Malam ini ML Mega akan di’siarkan secara langsung di Astro Warna bersiaran dari Stadium Melawati, Shah Alam jam 10 malam.Pada minggu separuh akhir Kumpulan Pimai tersingkir, manakala empat peserta lagi iaitu kumpulan Boboi, Osbon, Saehu dan Syok mara ke gelanggang akhir (FINAL) .


Kepada yang ingin menyaksikan persembahan finalis ML Mega dapatkan Pas Masuk PERCUMA untuk menonton Maharaja Lawak Mega Akhir (Final) akan diedarkan pada 30 Disember 2011,hari ini,Jumaat di Stadium Malawati Shah Alam bermula jam 9.30pagi. Pas-pas adalah terhad. Siapakah diantara Boboi, Osbon, Saehu atau Syok yang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000? Sama-sama kita nantikan


Keputusan Maharaja Lawak Mega Final

Juara Maharaja Lawak Mega 2011- Osbon
Kedua – Boboi
Ketiga – Saehu
Keempat – Syok

Bagi yang tidak dapat menonton secara langsung,video dan keputusan finalis Maharaja Lawak Mega akan di’masukkan dalam ruangan ini.

Hadiah Maharaja Lawak Mega


Keputusan Undian Terkini


Aaron Aziz Juri Jemputan Maharaja Lawak Mega Akhir


Persembahan Kumpulan Saehu MLM Akhir





Persembahan Kumpulan Boboi MLM Akhir





Persembahan Kumpulan Osbon MLM Akhir





Persembahan Kumpulan Syok MLM Akhir





Persembahan khas AC Mizal dan Jozan





Penentuan Juara MLM 2011



p/s: Tahniah kepada Osbon! :)

ZAIN SAIDIN TEMANI ROZITA CHE WAN DAN ANAK-ANAK BERCUTI

Zain Saidin Temani Rozita & Anak-Anak Bercuti

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang Selasa lalu.

Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.


"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Rozita diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Zain selepas pihak mStar Online mendapat panggilan telefon daripada beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang melihat mereka.

Tambah pelakon Kiah Pekasam ini, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama.

Sebagai bukti mereka rapat kata Rozita, pada malam ini (Khamis) anak-anaknya turut keluar bersama Zain untuk bermain futsal.

Sementara itu Zain yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung cerita itu sebaliknya dia mengambil pendekatan untuk menghubungi Rozita terlebih dahulu.

“Saya tengah nak main futsal ni. Saya komen yang sama la (seperti Rozita).

Dalam perkembangan lain, Rozita memberitahu jadual kerjayanya agak padat sehingga Ogos tahun hadapan dengan pelbagai tawaran berlakon telefilem dan drama bersiri.


Rozita berkata, dia juga bakal sibuk dengan perniagaan tudungnya, Padusi yang ingin diusahakan secara lebih serius.

"Alhamdulillahlah rezeki mencurah-curah sehingga jadual kerjaya saya telah pun penuh sehingga Ogos depan selain perniagaan tudung yang bakal saya usahakan secara lebih serius," ujarnya.

Tambahnya, ketika ini dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Mr. Labuci arahan Murali Abdullah selain sedang giat dengan drama bersiri Mencari Athirah sebanyak 13 episod.

via: mStar

Wednesday, December 28, 2011

PENJELASAN IQA MENTOR GAMBAR BASAH DI PARTI MEDIA HIBURAN

Gambar 'Basah' : "TAK ADALAH SEKSI MANA PUN" - IQA MENTOR


Selepas sehari berlangsungnya Media Hiburan Splash Party, peminat setia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sebuah laman web hiburan yang menyiarkan gambar 'basah' Iqa Mentor. Gambar ini mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada peminat-peminatnya. Lantas MH mendapat penjelasan daripada empunya diri berhubung perkara ini.

"Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.

"Namapun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini," jelas Iqa yang ditemu bual di sebuah majlis hiburan.





via: rotikaya dan mediahiburan

OMBAK RINDU DOWNLOAD FULL MOVIE 2011

Ombak Rindu (2011) DVDRip AVI,MKV & RMVB Mediafire


Sinopsis Ombak Rindu


Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Pelakon Ombak Rindu
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri


Download Ombak Rindu MKV (931MB)
  1. Part 1
  2. Part 2
  3. Part 3
  4. Part 4
  5. Part 5
Download Ombak Rindu AVI (896mb)


part 1- http://adf.ly/4RtqZ
part 2- http://adf.ly/4RtrM
part 3- http://adf.ly/4Rtrd
part 4- http://adf.ly/4Rts2
part 5- http://adf.ly/4RtsM
part 6- http://adf.ly/4Rtt0

Download Ombak Rindu RMVB (310mb)


part 1- http://adf.ly/4RuTk
part 2- http://adf.ly/4RuU6

Atau anda boleh tonton online Full Movie Ombak Rindu di bawah ini:


Search This Blog

Labels