Tuesday, February 21, 2012

GAMBAR LISA SURIHANI DAN YUSRY DARIPADA SHUTTERSPEAK STUDIO

Kisah cinta, akad nikah serta persandingan Lisa Surihani dan Yusri akan ditayangkan di Astro Ria. Untuk memberikan yang terbaik, pihak Shutterspeak Studio telah dilantik sebagai jurukamera dan juruvideo rasmi Astro Ria.


Ala riang gembiranya Lisa menanti hari bahagia dia. Makin berseri-seri nampak gayanya. Baru-baru ini Lisa memberitahu yang dia tidak akan berjumpa Yusri 3 hari sebelum majlis pernikahan untuk menjaga keserian wajahnya. Kredit sepenuhnya kepada blog Shutterspeak Studio dan Facebook Shutterspeak.












Monday, February 20, 2012

GAMBAR SELEBRITI DI PC ABPBH 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 semakin membara. Tarikh 8 April semakin dekat dan majlis pra-kemuncak yang baru berlangsung hari ini (15 Februari) di Holiday Villa, Hotel & Suite, Subang Jaya memberi peminat peluang mengintai persediaan rapi yang sedang dijalankan.


Pada sidang media ini, ABPBH mengumumkan senarai pengacara, penyampai trofi dan juga persembahan yang bakal ditonjolkan. Gandingan artis dan personaliti baru, muda serta lama pastinya menjadikan malam kemuncak ABPBH 2011 acara yang cukup mantap dan menghiburkan. Sila rujuk artikel satu lagi untuk senarai penuh.

Majlis yang dihadiri Datuk Mior Kamarul Shahid – Pengarang Kumpulan Berita Harian – juga selaku Penaung ABPBH 2011 turut menyempurnakan pelancaran peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) Berita Harian diserlahkan oleh LUX bersama Fazura – Bintang LUX dan Tanya Teng, Pengurus Jenama LUX. Pemenang GBB bertuah bakal bergaya bagaikan bintang di karpet merah bersama Fazura di malam kemuncak ABPBH2011.


Sidang media ini dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen berkonsep ‘Larger Than Life’, dijayakan oleh 13 pereka popular tanahair. Pereka Busana Wanita Popular dimenangi Rizman Ruzaini dan Anugerah Pereka Busana Lelaki Popular pula menjadi milik Lord’s Tailor. Hadiah disampaikan oleh Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penasihat 1, ABPBH2011.

Majlis juga diserikan dengan persembahan One Nation Emcees, salah satu kumpulan yang bakal membuat persembahan pada Malam Kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April 2012.

Gambar Selebriti di PC ABPBH2011 Ke-3

















kredit : budiey.com

GAMBAR NORJUMA ANGGUN BERTUDUNG BAWAL

Baru-baru ini, bekas personaliti TV3, Datin Norjuma Habib telah melancarkan koleksi Tudung Aidijuma yang terdiri dari tudung-tudung bawal dua tona, renda, polka dot dan sebagainya. Jom kita layan gambar-gambar Norjuma mengenakan tudung-tudung bawal koleksi Aidijuma ini.








kredit: beautifulnara

LATIF IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.


Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

sumber: mStar

Sunday, February 19, 2012

VIDEO BOGEL: MELIA AIMIELLIA TOLAK PERSAMAAN CINCIN

Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia (Melia) berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video yang tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut.


Melia atau Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.

“Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?

“Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.

“Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.


Melia berkata dia agak bimbang dan gelisah ketika mula-mula mengetahui mengenai isu video itu tetapi ia berjaya dihadapi dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan.

“Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman.

“Malah, pengarah Karipap-Karipap Cinta, Othman Hafsham sendiri ada menghubungi saya untuk memberikan perangsang kerana tidak mempercayai tuduhan itu.

“Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah,” katanya.


Ketika ditanya adakah dia menganggap penyebaran video itu sebagai perbuatan khianat pihak tertentu yang mahu mengaibkannya, Melia berkata perkara itu mungkin berpunca daripada kesilapannya yang pernah mengguriskan perasaan orang lain tanpa disedari sebelum ini.

“Saya tidak mahu tuduh sesiapa dan tidak pasti jika ia adalah perbuatan khianat orang lain terhadap saya. Setiap perkara yang berlaku mungkin berpunca daripada kesilapan saya sendiri sebelum ini.

“Mungkin saya pernah mengguris perasaan orang lain tanpa saya sedari,” katanya yang menjalani kehidupan seperti biasa sejak dilanda kontroversi itu.

Terbaru, aktres muda ini baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Titisan untuk saluran RTM di Kuala Kangsar, Perak.

sumber: mStar

(GAMBAR) MISHA OMAR AKAN BERTUNANG DAN KAHWIN TAHUN INI

Cinta mereka pernah kandas-sambung-kandas dan akhirnya dicantum semula sebelum sebulat suara tidak perlu terlalu ego untuk cuba menidakkan jodoh antara mereka.


Jejaka itu, Firos Ezzwan Rossly, 30, seusia dengan si manis Misha. Dibesarkan di Subang Jaya, Selangor, Firos merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).

Bukan lelaki berkerjaya hebat atau kerabat diraja yang dikejar Misha, sebaliknya jejaka tersebut dipilih kerana dia mempunyai aura tersendiri.

“Dia tawarkan saya sesuatu yang tidak pernah saya fikir. Dia tawarkan saya untuk menjadi pelengkap kepada anak angkat saya, Adam Emir yang akan mencecah usia 7 tahun pada tahun hadapan.

“Dia mahu memimpin Adam ke sekolah sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang mempunyai ibu dan bapa. Tawaran itu terlalu mahal untuk saya lepaskan,” ujar Misha.


Bukan sekadar tawaran itu sahaja. Misha mengaku, sejak mengenali Firos lima tahun lalu, dia adalah sahabat, kekasih, bekas kekasih dan kini bakal menjadi tunangan yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya.

“Saya ada banyak sisi hitam dalam hidup. Dia sentiasa ada di sisi saya, walaupun satu ketika dahulu (tahun lalu) sewaktu kami berpisah, dia terpaksa mendengar luahan hati dan cerita cinta saya yang memang pada waktu itu hampir berkahwin dengan seseorang. Dia gigih bertahan!” tambahnya lagi sambil ketawa mengekeh.


Kini saat sedang menghitung hari menjadi pasangan bertunang dan seterusnya menjalani fasa kehidupan sebagai suami isteri, pasangan tersebut sepakat untuk menjalani realiti berumahtangga secara sederhana.

“Keputusan kami untuk hidup bersama adalah tanpa perjanjian kemewahan dunia, namun ia adalah persefahaman untuk menuju syurga bersama dengan seadanya," kata Misha.

Biar sedang mekar meniti tangga bahagia, kerjaya yang ada tetap berjalan lancar. Setelah sekian lama tidak muncul dengan single, kini Misha akan kembali dengan single baharu berjudul Angin Syurga hasil karya Datuk M. Nasir bersama penulis lirik Budhhi Hikayat.

Selain Angin Syurga, Misha juga merancang untuk mempunyai beberapa single lagi. “Saya juga akan terus dengan genre balada selain cuba mengembalikan irama balada padang pasir seperti lagu duet dengan Andy Flop Poppy, Sembunyi,” katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama untuk tayangan Aidilfitri nanti, Bonus Hari Raya.

Dalam masa yang sama, Misha kini baru dilantik menjadi duta produk kecantikan Shisheido untuk keluaran White Lucent (Skin Care).

sumber: Kosmo

Saturday, February 18, 2012

WINNIE KOK JADI MODEL PAKAIAN DALAM

Baru-baru ini, Murai Batu mendapat tahu ada segelintir peminat industri seni tempatan melahirkan rasa kecewa apabila Winnie yang dikenali dengan imej sopan sebelum ini telah berani menjadi duta sebuah pakaian dalam.



Murai Batu sendiri agak terbeliak biji mata, selepas menyaksikan sendiri foto-foto iklan di dalam sebuah laman web yang melibatkan Winnie yang hanya mengenakan seluar dalam dan bercoli saja. Benarkah ini Winnie Kok?

Sungguhpun Winnie bukan berbangsa Melayu, namun keberanian dia menjadi duta produk berkenaan sedikit sebanyak telah menguris hati peminat tegarnya apatah lagi dia amat dikenali dalam masyarakat Melayu.

Ia sedikit sebanyak telah mencalar sedikit imej ketimuran kerana Winnie boleh dianggap penyanyi yang melambangkan Malaysia memandangkan dia sangat aktif dalam pasaran Melayu.

Apa sekalipun, Murai Batu merasakan mungkin ada sebab Winnie mengambil peluang menjadi duta produk berkenaan.




Yang penting, kita tunggulah nanti jawapan dari Winnie tentang gambarnya itu. Siapa tahu ada rahsia yang kita tak tahu selama ini.

kredit: murai dan mediamalaya

Search This Blog

Labels