Saturday, November 26, 2011

HASIL NIAGA RM118,000 FAUZI NAWAWI LESAP

Pekerja Restoran Lari, Fauzi Nawawi Hilang RM118,000 Duit Perniagaan

“Saya tawarkan RM5,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga tertangkapnya pencuri itu,” kata pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi.

Beliau berkata selepas geram dengan tindakan seorang pekerjanya warga Bangladesh berusia 20-an yang melarikan RM118,000 wang hasil perniagaan dan peruntukan perbelanjaan restoran berasaskan makanan Iran miliknya di Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang diusahakan bersama seorang rakan berasal dari Iran.


Kehilangan wang dan suspek disedari kakitangan restoran berkenaan jam 5 pagi kelmarin sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, Fauzi berkata, dia dan rakannya itu mengambil alih restoran berkenaan hampir dua bulan lalu daripada pemilik asal yang menghadapi masalah kewangan.

“Sebelum memulakan perniagaan, saya membayar tunggakan gaji tiga bulan kepada semua pekerja dan mengambil semula mereka bekerja dengan saya.

“Ini bertujuan melancarkan urusan perniagaan kerana semua pekerja sudah terlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang mencuri wang berkenaan ditugaskan menjadi juruwang dengan gaji RM2,000 sebulan dan disebabkan itu dia tahu tempat wang perniagaan disimpan.

“Pekerja lain menyedari kehilangan wang dalam peti simpanan itu jam 5 pagi selepas membuat kiraan sebelum menutup restoran. Manakala, suspek sudah menghilangkan diri sejak jam 3 pagi.

“Mereka (pekerja) memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati suspek sudah meninggalkan kawasan restoran,” katanya.

Fauzi berkata, beberapa pekerjanya bergegas ke kediaman suspek di Keramat, di sini sebelum hampa apabila dia sudah keluar dari rumah itu.

“Saya yakin wang yang dicurinya itu masih berada dalam simpanannya. Malah, perasaan saya kuat mengatakan dia masih berada di ibu kota,” katanya. Fauzi berkata, sesiapa yang mengenali lelaki terbabit atau terserempak dengannya boleh menghubungi balai polis terdekat atau pekerjanya, Ong Bak di talian 013-2244386.

sumber: Harian Metro

Friday, November 25, 2011

GAMBAR QALISHA RAY IRAS KIM KARDASHIAN

Qalisha Ray Dikatakan Ada Iras-Iras Kim Kardashian

Qalisha Ray Dikatakan Ada Iras-Iras Kim Kardashian, Apa Kata Anda? Tapi kalau tak ada iras pun, kejelitaan Qalisha Ray ini memang tak boleh dinafikan lagi. 

1. Qalish Ray


2. Kim Kardashian


Beberapa keping lagi gambar Qalisha Ray. Jangan lupa LIKE Facebook Qalisha Ray tanda sokongan kepada penyanyi baru ini.










kredit to beautifulnara

PESERTA FINALIS USTAZAH PILIHAN

Ustazah Pilihan: Air Mata Gembira Iringi Empat Finalis Ke Pentas Akhir

Selepas menjalani pelbagai cabaran dan tugasan selama lapan minggu, empat peserta program pencarian Ustazah Pilihan (UP) di peringkat separuh akhir, malam Khamis, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila diumumkan mara ke pentas akhir pada 1 Disember depan.


Empat finalis tersebut adalah Masfira Hilman (Fira), Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz), Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti).

Fira berkata suasana sebak menyelubungi pengumuman keputusan itu kerana pada awalnya mereka difahamkan bahawa hanya tiga finalis sahaja yang akan mara ke peringkat akhir.

“Pada awalnya, kami difahamkan hanya tiga finalis saja yang akan dipilih ke pentas akhir. Saya tidak sangka kami semua akan mara,” katanya yang ditemui selepas program itu.

Siti pula berkata keputusan itu adalah satu kejutan termanis buatnya kerana selama bersaing dalam UP, dia adalah satu-satunya peserta yang kurang cemerlang berbanding yang lain.

“Sejujurnya saya memang bersedia untuk menerima sebarang keputusan. Saya sedar prestasi diri tidak sebaik yang lain.

"Namun, ia tidak pernah membuatkan saya mengalah untuk terus memperbaiki kekurangan yang ada. Saya bersyukur di atas peluang yang diberikan ini,” katanya.


Dalam pada itu, mudirah (pengetua) program itu, Dr Robiah K. Hamzah berkata prestasi terbaik yang ditunjukkan keempat-empat peserta khususnya dalam segmen terakhir iaitu Raudhah adalah persembahan terbaik mereka sepanjang program itu berlangsung.

“Kejutan dan gimik pihak penerbitan yang memberikan peluang kepada empat finalis untuk mara berbanding tiga finalis seperti yang difahamkan sejak awal adalah sesuatu di luar jangkaan.

“Mungkin sebab itu, kami berasa sebak dan tidak dapat mengawal emosi sehingga menangis. Jika mengikut prestasi dan kesungguhan masing-masing, mereka berempat terutamanya Siti memang berhak ke pentas akhir,” katanya.

Minggu separuh akhir (minggu kelapan) UP, malam Khamis, menyaksikan empat peserta ini telah diberikan tugas untuk berkunjung ke Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien bersama Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku).

Dengan judul tugasan Rawatan Islam alternatif kepada Rawatan secara Sains, mereka ke sana untuk mengetahui perubatan Islam secara lebih mendalam.

Seperti biasa, usaha-usaha peserta ini dihujahkan dan dibentangkan dengan bimbingan Dr Robiah K. Hamzah dan dua mursyidah Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.

Pentas akhir UP akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 1 Disember depan, pukul 9 malam dan juga secara langsung di Astro Oasis (saluran 106).

Ia dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani.

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU KE 5

Youtube Video MaharajaLawak Minggu ke 5

Kini hanya tinggal 10 peserta MLM yang akan beraksi pada malam ini 25 November 2011.Pada MLM minggu 4 yang lalu menyaksikan Jalil Hamid (JH) telah tersingkir.Jalil tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan terendah sebanyak 46 peratus.

Dalam pada itu,dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Syok (49 peratus) dan Hiro (53 peratus).Yang menariknya .persembahan pada minggu ke empat diungguli oleh kumpulan Boboi sebanyak 70 peratus diikuti oleh 3G (66 peratus) dan Osbon (66 peratus).


Dan pada malam ini peserta mana’kah yang akan tersingkir?

Kedudukan Undian



Persembahan Pimai



Persembahan Adlin



Persembahan Syok



Persembahan Boboi



Persembahan Osbon



Persembahan Hero



Persembahan Saehu



Persembahan 3G



Persembahan Bawel



Persembahan BP



Penyingkiran





video akan di masukkan dari masa ke semasa ~

Thursday, November 24, 2011

ANUAR ZAIN PEMENANG LAGU TERBAIK AIM18 GANTI YUNA

Isu Lagu Terbaik AIM18: Anuar Zain Harap Kejadian Tak Berulang Lagi

Penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain berharap pengumuman kemenangannya melalui lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim tidak menimbulkan sebarang pertikaian selepas anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) pada awalnya diserahkan kepada lagu Penakut ciptaan Yunalis Zarai atau Yuna.


Kata Anuar, dia tidak mahu dengan pembetulan ini akan menimbulkan fikiran negatif terhadapnya atas kemenangan Yuna pada malam AIM 18 pada 12 November lalu.

"Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut.

"Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu 'Penakut' sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka," katanya pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.


AIM 18 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Pada malam tersebut, lagu Sedetik Lebih telah memenangi kategori Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki).

Kata Anuar, dia menganggap perkara tersebut sebagai kesilapan besar yang sememangnya boleh menjejaskan kredibiliti seseorang artis yang tidak bersalah.

"Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut.

"Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja," katanya lagi.


Bagaimanapun, katanya dia menerima penghargaan tersebut dengan berfikiran positif agar dapat membantu industri seni pada masa akan datang.

"Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif.

"Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan," katanya.



Berita Sebelum Ini : KEMENANGAN LAGU TERBAIK PENAKUT NYANYIAN YUNA DITARIK BALIK

kredit pic rotikaya.com

GAMBAR ANAK ALONG RAJA LAWAK DAN ZILA

Along: Zila Hampir Pengsan Ketika Bersalin

Selepas lebih setahun mendirikan rumahtangga, Along Raja Lawak dan isteri, Zila AF4 akhirnya bergelar ibu dan bapa apabila pasangan ini telah menimang cahaya mata sulung pada 12 November lalu. Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron selamat melahirkan putera sulung mereka, Ahmad Danial seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi.


“Alhamdulillah, Zila selamat melahirkan anak kami pada 12 November lalu, jam 2.04 petang. Zila kini sedang berpantang di rumah ibu saya di Johor. Buat masa ini, Zila akan fokus untuk menjaga anak kami dan saya tak halang Zila jika dia nak kembali semula dalam industri hiburan,” ujar Along ketika ditemui di Holiday Villa, Subang, petang semalam.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad memberitahu, dia kini sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor untuk melawat isteri dan anaknya itu. Along ketika ditemui turut berkongsi pengalamannya ketika menyambut kelahiran anak sulungnya itu.


“Doktor bagi peluang untuk saya merasai pengalaman menyambut anak. Masa itu saya menitis air mata kerana baru saya tahu kenapa Tuhan bagi syurga di bawah telapak kaki ibu. Masa Zila mula nak teran, dia dah minta maaf, minta saya ampunkan dosa dia serta halalkan makan minum dia.

“Saya ingat lagi, Zila pegang katil sampai nak bengkok. Zila tak mahu ambil epidural sebab dia nak buat semuanya secara normal. Masa Zila teran, dia hampir pengsan. Saya dah panik masa itu dan hanya mampu berdoa saja ketika itu. Lepas Zila bersalin, saya terus sujud syukur,” ujar Along sambil mengakui berasa sedih.


“Sebenarnya sebelum ini Zila mengandung anak kembar. Namun, masa ABPBH April lalu, dia mengalami pendarahan dan seorang lagi anak tak dapat diselamatkan. Kiranya Danial ini adik lah. Apa-apapun, anak saya ini memang unik. Bila Danial menangis saja, Zila akan buat 3G. Saya akan panggil nama dia dan dia terus diam dan tidur. Dia memang dengar kata,” ujar Along sebelum mengakhiri perbualan.

kredit: gua.com.my

GAMBAR MAYA KARIN DAN FASHA SANDHA COVER INTREND

Gambar: Maya Karin & Fasha Sandha Bersatu Untuk Cover InTrend Disember

Dua aktress popular Malaysia, Fasha Sandha & Maya Karin telah berjaya di’satukan sebagai penghias kulit edisi terakhir InTrend tahun ini. Dapatkan naskah terbaru InTrend anda secepat mungkin apabila ia’nya berada di pasaran nanti. Dan untuk peminat Fasha Sandha, majalah Cosmopolitan juga turut memaparkan dirinya sebagai cover mereka.



Search This Blog

Labels