Thursday, November 24, 2011

GAMBAR ANAK ALONG RAJA LAWAK DAN ZILA

Along: Zila Hampir Pengsan Ketika Bersalin

Selepas lebih setahun mendirikan rumahtangga, Along Raja Lawak dan isteri, Zila AF4 akhirnya bergelar ibu dan bapa apabila pasangan ini telah menimang cahaya mata sulung pada 12 November lalu. Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron selamat melahirkan putera sulung mereka, Ahmad Danial seberat 2.55 kilogram secara normal di Hospital Pakar An-Nur Bandar Baru Bangi.


“Alhamdulillah, Zila selamat melahirkan anak kami pada 12 November lalu, jam 2.04 petang. Zila kini sedang berpantang di rumah ibu saya di Johor. Buat masa ini, Zila akan fokus untuk menjaga anak kami dan saya tak halang Zila jika dia nak kembali semula dalam industri hiburan,” ujar Along ketika ditemui di Holiday Villa, Subang, petang semalam.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad memberitahu, dia kini sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor untuk melawat isteri dan anaknya itu. Along ketika ditemui turut berkongsi pengalamannya ketika menyambut kelahiran anak sulungnya itu.


“Doktor bagi peluang untuk saya merasai pengalaman menyambut anak. Masa itu saya menitis air mata kerana baru saya tahu kenapa Tuhan bagi syurga di bawah telapak kaki ibu. Masa Zila mula nak teran, dia dah minta maaf, minta saya ampunkan dosa dia serta halalkan makan minum dia.

“Saya ingat lagi, Zila pegang katil sampai nak bengkok. Zila tak mahu ambil epidural sebab dia nak buat semuanya secara normal. Masa Zila teran, dia hampir pengsan. Saya dah panik masa itu dan hanya mampu berdoa saja ketika itu. Lepas Zila bersalin, saya terus sujud syukur,” ujar Along sambil mengakui berasa sedih.


“Sebenarnya sebelum ini Zila mengandung anak kembar. Namun, masa ABPBH April lalu, dia mengalami pendarahan dan seorang lagi anak tak dapat diselamatkan. Kiranya Danial ini adik lah. Apa-apapun, anak saya ini memang unik. Bila Danial menangis saja, Zila akan buat 3G. Saya akan panggil nama dia dan dia terus diam dan tidur. Dia memang dengar kata,” ujar Along sebelum mengakhiri perbualan.

kredit: gua.com.my

No comments:

Search This Blog

Labels