Monday, November 14, 2011

GAMBAR PERKAHWINAN ELLIZA AF3 DAN JOE

Sekitar majlis persandingan Elliza AF3 & Joe

TANGGAL 11 November lalu, nampaknya bukan saja menjadi pilihan golongan ibu bapa untuk menyambut kelahiran bayi mereka tetapi turut mendapat perhatian pasangan pengantin. Pada tarikh itu, tiga pasangan artis tanah air selamat diijab kabul.

Antaranya ialah majlis perkahwinan Elliza Razak & pengurusnya, Khairul Adzwan (Joe) ini. Mereka bernikah pada tarikh 11.11.11 seperti juga artis lain iaitu Lan A to Z [KLIK SINI], Dira Abu Zahar & Hattan. [KLIK SINI]


Pelakon dan bekas bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Elliza Abdul Razak, 27, yang menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, Khairul Adzwan Nasir, atau Joe, 24 di kediamannya di Taman Aman Siara, Selayang. Elliza diwalikan oleh bapanya, Abdul Razak Shafie sah bergelar isteri kepada Joe tepat jam 9.45 malam dengan sekali lafaz.

Di majlis perkahwinan itu juga, Elliza menerima hantaran RM11,111 berserta mas kahwin berjumlah RM1,111.


Pasangan pengantin yang kacak dan jelita menggayakan persalinan sedondon rona kelabu, berbalas dulang hantaran sebanyak tujuh daripada pengantin lelaki dan sembilan perempuan.Majlis sederhana itu tidak ketinggalan dihadiri rakan artis.

Antara yang kelihatan ialah Marsha Milan Londoh, Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar, Akma Abdullah (AF3) serta penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleeya Syed Zainal Rashid dan suaminya, Muhamad Ashraf Aasimudin (Ashraf).

Antara barangan hantaran diterima pasangan merpati dua sejoli itu seperti al-Quran dan tasbih, sirih junjung, set penjagaan kulit Hugo Boss, buah-buahan, coklat, minuman kesihatan, set wangian, beg tangan jenama Louis Vuitton serta set barangan lelaki.

Elliza yang ditemui selepas majlis itu berkata, dia bersyukur kerana impian bergelar isteri menjadi kenyataan dan majlis berjalan lancar seperti dirancang. Katanya, dia dan suami memang memilih majlis perkahwinan yang sederhana. “Apa yang penting, perkara wajib sudah selamat dilakukan.

“Pemilihan tarikh 11 November, untuk mengabadikan detik terindah dalam hidup kami kerana ia bersempena tarikh ulang tahun Joe yang ke-24 dan satu adalah nombor kesukaannya.




kredit pictures : mediamalaya.com

No comments:

Search This Blog

Labels