Lan A To Z Selamat Nikah Kali Kedua - 11.11.11
Bekas penyanyi A To Z, Norazlan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Lan telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Siti Nur Ain kira-kira jam 11.20 pagi tadi. Majlis serba sederhana ini telah berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Lan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Hulu Selangor, Zulkhairi Bin Jaid dan berwalikan abangnya, Firdaus Daut sambil disaksikan oleh keluarga kedua-kedua belah pihak dan sahabat handai mereka. Nur Ain menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM11,111.00
Di majlis ini, pengantin perempuan menerima sembilan dulang hantaran manakala sebagai balasan, Lan menerima 11 dulang. Kedua-dua mempelai ayu mengenakan busana dan solekan daripada Pengantin Cantik D'andam Watty, Bukit Sentosa, Rawang.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat. Sebelum ini, Bulan Purnama ada post mengenai gambar Siti Nur Ain, nak tengok [KLIK SINI]
kredit gambar to cthoney.blogspot.com
No comments:
Post a Comment