Wednesday, November 30, 2011

SKODENG GAMBAR COMEL MIA SARA NASUHA

Skodeng: Gambar-gambar Comel Mia Sara Nasuha

Gambar Mia Sara Nasuha semasa majlis pelancaran drama terbaru terbitan MiG Production, Cinta Buat Emelda, MiG Online sempat ambil gambar si kecik kiut miut Mia Sara Nasuha. Memang comel betul :)









kredit to MiG ONLINE

Tuesday, November 29, 2011

HATTAN NAFI BERCERAI SELEPAS NIKAH 7 HARI

Hattan Nafi Gossip Bercerai Selepas Nikah 7 Hari, Tinggal Pesan Buat Zubir

“Kau jangan tanya salah soalan, aku sekarang memang tengah panas orang tulis macam macam cerita,” ujar Hattan membuka perbualan.

Lantas ligat bagai lipas kudung otak rotikaya.com mengatur kembali soalan yang ingin kami ajukan berkaitan gossip negatif yang melanda rumahtangga Hattan & isteri, Farah.


Dan, Hattan menjawab penuh tenang, “Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian?”

“Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,” Hattan membuka bicara tentang Zubir.

Hattan juga berkata yang wartawan kontroversi tersebut ada menulis tentang diri’nya yang sekali lagi tidak di’undang ke majlis perkahwinan Hattan & Farah.

“Aku tidak panggil dia seorang sahaja — wartawan lain semua aku beritahu — dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah gemuk pendek ada hati mahu di’sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap,” ujar Hattan lagi.

Majlis perkahwinan adalah majlis peribadi pada hemat kami, jika sudah tidak ada yang menjemput, jangan pula tulis di’akhbar berkecil hati. Boleh makan diri. – Foto oleh The Photographer

sumber: rotikaya

Monday, November 28, 2011

DIANA AMIR DISERBU SEMASA BAGI CERAMAH?

Diana Amir Diserbu Semasa Bagi Ceramah..?

Ya, Jumaat lepas Diana Amir yang hadir untuk sesi bual bicara di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan tidak semena-mena diserbu oleh warga kolej tersebut. Tapi diserbu atas dasar peminat yang gembira dapat bertemu dengan artis kegemaran mereka la. Sangat sporting, sangat gembira mereka apabila dapat bertemu muka dengan Diana Amir. 

Diana pun nampaknya sangat seronok layan peminat-peminat beliau nie. Kalau tak caya ce tengok gambar-gambar sekitar talk tersebut yang mana tajuknya ialah “Mengelola Cinta Tanpa Diselubungi Dosa” yang mana Diana Amir banyak berkongsi tentang pengalamannya di dalam tempoh penghijrahan beliau.











Kredit to MiG Online

Sunday, November 27, 2011

GAMBAR TERBARU DIANA AMIR

‘Saya sedar pernah silap’

DULU mereka gemar tampil dengan imej seksi dan kerap bersosial. Selepas menceburi industri hiburan dan status bertukar kepada artis, gambar-gambar peribadi tersebar pula di laman sesawang mahupun portal hiburan, sekali gus diheret ke kancah kontroversi dan nama menjadi sebutan ramai. Akhirnya mereka memacu nama dengan bantuan kontroversi, selain bakat yang menjadi taruhan mengekalkan populariti. 


Pelakon baru, Diana Amir, 25, seorang daripada mereka. Namun, kini namanya terus meniti di bibir selepas satu persatu drama lakonannya muncul di kaca TV, selain beberapa filem yang masih menunggu giliran menjengah pawagam. Sekalipun dia masih meniti populariti, tiba-tiba beliau mengambil keputusan berhijrah ke fasa baru kehidupan peribadinya apabila tampil bertudung litup, kira-kira dua bulan lalu walaupun nama sedang menuju puncak.

Adakah Diana mengambil keputusan ini bersempena kemunculan Awal Muharam atau Maal Hijrah ataupun atas faktor kesedaran sebagai wanita Islam, dia harus menutup aurat?


“Bila-bila masa pun kita boleh berubah, tak semestinya perlu ada tarikh tertentu. Yang penting, kita perlu tetapkan hati. Semua ini fitrah kehidupan. Setiap orang mahu yang terbaik untuk diri mereka. Sejak kecil lagi, saya tahu bertudung itu wajib bagi seorang wanita Islam. Tapi, dalam proses kehidupan itu, saya akui lalai dan tak fikir sangat mengenai hukum hakam agama.

“Ketika awal remaja, kita nak cuba semua perkara, dari segi berpakaian dan pergaulan, ada kalanya kita alpa. Sebenarnya tidak tepat melabelkan diri saya sebagai gadis liar, saya bukannya terlalu nakal. Suatu ketika dulu saya pernah ke kelab kerana gemar menari, tapi saya tak pernah ambil minuman keras. Saya tahu batasannya.

“Dari segi berpakaian pula, saya akui pernah tampil dengan imej seksi. Tapi, itu dulu, semua orang pernah melakukan kesilapan dan saya cepat menyedari kealpaan itu,” katanya di awal bicara.

Suatu ketika dulu Diana pernah digosipkan bercinta dengan Zizan Raja Lawak, namun perhubungan itu tidak mampu bertahan lama apabila Zizan dikatakan berkawan rapat dengan Juliana Evans selepas kedua-duanya terbabit dalam filem Hantu Bonceng. Justeru, adakah kerana kecewa gagal bercinta dengan Zizan, Diana dikatakan memulakan kehidupan baru dengan penghijrahan ini?


“Memang saya pernah berkawan rapat dengannya (Zizan), tapi bukan disebabkan dia, saya bertudung. Saya sekadar mahu pengakhiran yang lebih baik. Bagi saya, sekiranya orang itu berubah sebab putus cinta, tapi dia ingin mendalami ilmu agama, tak jadi kesalahan pun. Penghijrahan itu ke arah perkara lebih baik, jadi tak kira apa pun penyebabnya, asal dia ingin berubah, itu sudah memadai,” jelasnya lagi.

Pun begitu, penghijrahan Diana adalah ketika namanya sedang menuju puncak, adakah dia sudah benar-benar bersedia dan yakin dengan keputusannya itu kerana lazimnya jika tak kuat iman, dari imej bertudung, namun disebabkan akur dengan kehendak kerjaya, beliau bersedia ‘melepaskan’ tudungnya itu?


“Sebenarnya dari kecil lagi saya dididik untuk bertudung, tapi kita degil nak menerima kebaikan. Kini sudah tiba masanya, saya yakin dengan keputusan ini, cuma ada beberapa perkara dalam hati yang masih dalam proses perubahan. Insya-Allah saya akan kekal bertudung,” katanya penuh yakin.

Namun, bukan semua yang kita lakukan itu disenangi semua orang kerana sudah terdengar desas-desus, tindakan Diana bertudung bukan dengan keikhlasan kerana dia dikatakan tetap tampil dengan watak negatifnya. Justeru, dengan imej bertudung, dia dikatakan sekadar berpura-pura untuk mengaburi sikap negatifnya daripada terlepas ke pandangan umum.





Artikel penuh di BHarian

NABILA HUDA MARAH BEKAS SUAMI DI TWITTER

Nabila Huda Marah Bekas Suami Di Twitter

Melalui apa yang ditulis, agak jelas yang Nabila Huda telah memarahi bekas suaminya di Twitter kerana mengutuknya kepada orang ramai sejam lalu. Dia juga menyatakan yang lelaki itu tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada anak mereka.


Cuma agak tidak manis juga bila Twitter dijadikan medium lepas geram kerana anda seorang selebriti. Kredit to beautifulnara


Saturday, November 26, 2011

GAMBAR AKSI MESRA KHAIRUL FAHMI DAN SHIDA HARMI

Gambar: Dedah Aksi Mesra Bersama Khairul Fahmi, Apakah Motif Shida Harmi?

Tidak diketahui motif sipengirim email yang menghantar screenshot Blackberry Messenger (BBM) dan beberapa keping gambar mesra dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Apa yang ditulis, di BBM tersebut tertera nama Shida dan Apex manakala perbualan mereka amat hangat dan penuh emosi.


Mungkinkah kerana Apex kini dipuncak populariti dan ramai pihak mahu mengambil kesempatan atau sememangnya isu yang diketengahkan oleh BBM itu memang berlaku? Sebab itulah timbulnya ayat-ayat "U nak i tunjuk bukti yg pena tido dgn u? I got al d prove... dun u eva play wit me"..!

Jika benarlah dakwaan ini... nampaknya ada pihak yang makan hati nanti termasuklah Dahlia Teck. Namun sebagai peminat sukan dan khususnya peminat Apex... anda yang tentukan sendiri kebenarannya. Tak gitu?







sumber: myartis , kredit gmbar to rotikaya

OGY AHMAD DAUD AKAN SAMAN JOHAN RAJA LAWAK

Ogy Ahmad Daud Akan Saman Johan Raja Lawak Kerana Menghinanya

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud, 49, dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan. Iyalah, gandingan baru dan lama siapa yang tak mahu lihat, pentas boleh jadi riuh rendah dibuatnya.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.


Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.

Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.

“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar. Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya. Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Mana IQ?


Bercerita lanjut, menurut Ogy, dia juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior.

Kata Ogy, ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia. Tetapi sudah banyak contoh di depan mata yang menyaksikan bagaimana pendatang baru dalam industri tidak bijak menyampaikan jenaka. Malah, kata Ogy, ada yang tidak faham antara lawak bodoh dengan lawak yang punya IQ.

“Buat lawak tak perlu menghina orang. Lawak yang punya IQ dan isi, yang tak menghina atau mengutuk orang pun akan jadi satu jenaka yang boleh menghiburkan penonton.

“Lihat contoh, Harith Iskandar atau Afdlin Shauki. Mereka tak ada pun nak hina-hina orang untuk membuatkan orang ketawa. Mengapa Johan perlu buat begitu? Mengenakan saya di pentas dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai, apa dia ingat saya ni adik diakah?” katanya.

Menurut pengarah dan penerbit ini lagi, kebanyakan jenaka yang dibuat oleh Johan juga tidak berlandaskan skrip yang disediakan oleh pihak Astro.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro, ” katanya.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Menurut Ogy, biar sekalipun Johan tampil memohon maaf ke atas dirinya selepas ini, namun dia tetap akan berkeras untuk menyaman pelawak tersebut.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur. Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

“Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis. Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Ogy, dia dan peguamnya kini sedang menguruskan proses lanjut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

“Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini!” katanya lagi dalam nada cukup tegas.

sumber: Utusan Malaysia

VIDEO LAWAK JOHAN DENGAN OGY AHMAD DAUD DI FFM24

Berikut merupakan video di sekitar FFM ke 24 aksi Lawak Johan bersama Fauziah Ahmad Daud







KAREENA KAPOOR WANITA ASIA PALING SEKSI

Kareena Kapoor Dinobat Wanita Asia Paling Seksi

SETELAH bersaing sengit dengan Katrina Kaif dan beberapa artis Bollywood lain, akhirnya Kareena Kapoor (gambar) dinobatkan Wanita Asia Paling Seksi oleh majalah Eastern Eye! Dari sepuluh wanita yang dinobatkan, Kareena berjaya meraih kedudukan teratas.

Eastern Eye adalah majalah mingguan Britain yang mengambil data dari berbagai laman sesawang di Internet. Berdasarkan kajian tersebut, nama Kareena diletakkan sebagai artis wanita teratas yang paling diminati oleh pengguna laman sesawang-laman sesawang tersebut.


Dalam pada itu, menurut apunkachoice, saingan rapat Kareena, iaitu Katrina Kaif mendapat tempat kedua manakala Priyanka Chopra, Bipasha Basu dan Freida Pinto masing-masing mendapat tempat ketiga, keempat dan kelima.

Sementara tangga keenam dan ketujuh menjadi milik Aishwarya Rai dan Deepika Padukone manakala tangga kelapan diberikan kepada artis berasal dari pakistan bernama Humaima Malik.

Tangga kesembilan dan ke-10 kembali menjadi milik artis dari India iaitu Sonam Kapoor dan Noureen DeWulf.


BINTANG KOREA BAKAL GAMATKAN MAMA 2011

Bintang-Bintang Korea Bakal Gamatkan MAMA

Majlis malam anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011 yang akan berlangsung pada 29 November ini di Stadium Tertutup Singapura bakal diserikan dengan kemunculan khas bintang-bintang popular Korea.

 2Ne1

Antara artis Korea yang akan hadir ialah 2NE1, Girls’ Generation YB dan Dynamic Duo dimana akan membuat persembahan nyanyian sekali gus berkongsi pentas dengan penyanyi antarabangsa, will.i.am dan apl.de.ap daripada kumpulan Black Eyed Peace.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul, anugerah berprestij itu akan bersiaran secara tertunda di 8TV.

 Girls Generation

"Pihak kami amat berbangga kerana dapat menyiarkan anugerah yang berprestij ini.

"Misi kami adalah untuk menyampaikan kandungan hiburan dan informasi yang terbaik untuk penonton-penonton berbangsa Cina memandangkan stesen ini merupakan stesen Cina utama negara” katanya.

Antara barisan selebriti yang akan menyerikan majlis tersebut termasuklah Lee Byung Hun dan Song Seung Heon.


Disamping itu, Song Joong Gi dari drama TV popular ‘Sungkyungwan Scandal’ akan turut menyerikan majlis.

Selain itu, Park Shi Hoo, Ji Sung, Go Soo dan Kim Soo Hyun, Bae Soo Bin, Nam Gyu Ri, Yoon Seung Ah, Kim Sung Soo dan Oh Ji Ho adalah antara bintang-bintang Korea yang bakal menambahkan nilai hiburan acara penuh prestij ini.

Bintang veteran Hallyu, Kim Hee Sun, Korean Barbie Doll, Han Chae Young, bersama dengan Yoon Eun Hye, Han Hyo Joo dan Kim Min Hee bakal memukau peminat-peminat K-pop.

Will.i.am

Anugerah yang dibawakan secara eksklusif oleh 8TV itu akan disiarkan pada pukul 9.30 malam.

Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran tersebut, layari www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

sumber: mstar

GAMBAR ARTIS SEKITAR SIDANG MEDIA ABPBH

Sekitar Sidang Media Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Sidang media ABPBH di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya. Antara artis yang hadir macam Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Along Cham, Amran Ismail, Lan and the Typewriter, Neelofa, Shahril AF, Tasha Shila dan ramai lagi. Kredit gambar to MiG Online






















Search This Blog

Labels