Tuesday, November 15, 2011

GAMBAR ANAK FAIZAL ISMAIL FBI LAHIR 11.11.11

FAIZAL ISMAIL FBI DAPAT ANAK LELAKI PADA TARIKH 11.11.11

Kesedihan juruhebah radio popular Hotfm, Mohd Faizal Ismail, 35, atau lebih dikenali FBI kerana kehilangan anak kedua yang meninggal dunia selepas 11 hari dilahirkan akibat komplikasi jantung tiga tahun lalu, kini terubat apabila dikurniakan anak ketiga pada tarikh 11.11.11.


Bayi lelaki diberi nama Mohd Khalish Iman itu dilahirkan jam 9.03 pagi semalam di Hospital Pantai Kuala Lumpur, di sini dengan berat 2.65 kilogram.

“Kehilangan zuriat kedua pada April 2008 memang memberi tamparan kepada saya kerana dia pergi beberapa hari selepas dilahirkan tanpa dapat melihat dia membesar dengan sihat. Namun, saya tidak menyalahkan takdir dan menganggapnya sebagai ujian Allah.


“Berkat kesabaran dan tidak pernah jemu berdoa kepada Allah, isteri tersayang, Nor Azlina Ahmad Din, 35, disahkan mengandung untuk kali ketiga dan pada hari ini saya dikurniakan bayi lelaki yang sihat,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Pantai, di sini, semalam.

Faizal dan isteri ditemani anak sulung mereka, Nur Khairina Iman, 10.

Faizal berkata, dia dan isterinya tidak pernah merancang untuk melahirkan bayi pada 11 November dan pemeriksaan terakhir, doktor mengatakan kandungan sudah matang dan mencadangkan bayi dilahirkan melalui kaedah pembedahan pada tarikh istimewa itu.






kredit pictures to : myartis.com

No comments:

Search This Blog

Labels