Thursday, November 3, 2011

SEMAKAN SENARAI NAMA PLKN 2012 SIRI KE 9

Semakan Online Nama Calon PLKN 2012 Siri Ke-9

Senarai nama 140,000 bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri kesembilan akan diketahui akhir bulan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

“Para bakal pelatih yang kebanyakannya mungkin sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu tidak perlu risau, nama mereka yang tersenarai boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel,” katanya kepada pemberita di Lapang Sasar Bukit Merbau dekat sini hari ini.


Pelatih siri tersebut akan ditempatkan di 81 kem latihan di seluruh negara mulai 1 Januari tahun depan.

Mengenai PLKN siri kelapan, Abdul Hadi berkata, seramai 18,000 peserta akan menamatkan latihan dalam tempoh sebulan lagi dan pada ketika ini, mereka sedang menghabiskan modul latihan menggunakan senjata api dan khidmat masyarakat. – Bernama. Maklum lanjut anda boleh layari portal rasmi PLKN KLIK SINI

Bagi yang lahir pada tahun 1994,Untuk membuat semakan online Klik SINI

Semakan menggunakan SmS seperti dibawah

Taip PLKN MENU dan hantar 15888
Pilihan Menu
PLKN MENU
1 – alamat
2 – borang
3 – tender
4 – senarai sebutharga
5 – semak khidmatnegara

Taip PLKN SEMAK <NO. Kad Pengenalan> hantar ke 15888

contoh

PLKN SEMAK 912345678901 dan hantar ke 15888

Jika anda terpilih : PLKN
Tahniah! 912345678901 MOHAMAD NASRULLAH BIN KAMARULLAH terpilih menyertai PLKN Siri 7/2010

Jika anda tidak terpilih : PLKN
Maaf! 920627136529 tidak dipilih untuk menyertai PLKN Siri 7/2010.
Terima Kasih.

PLKN KEM 912345678901

PLKN : 912345678901 KUMP 3.
KEM : KEM JIWA MURNI, GUNUNG SEMANGGOL.
PKP : PADANG DAERAH MACHANG.
LAPOR : 16/06/2009 9.30 PAGI

Maklumat yang dihantar akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.35 setiap satu

No comments:

Search This Blog

Labels