Tuesday, November 1, 2011

RESPON KHAIRUL FAHMI ISU GAMBAR BERSAMA BOTOL ARAK

RESPON KHAIRUL FAHMI ISU GAMBAR BERSAMA BOTOL ARAK

Sebaik gambar penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex berhibur bersama teman wanita baru, Dahlia Teck dan beberapa rakan seksinya tersebar, wujud persoalan sama ada kumpulan berkenaan meminum arak ketika itu.


Ini kerana, dalam gambar-gambar itu dengan jelas kelihatan beberapa botol arak dan gelas yang dipercayai dituang air berkenaan di atas meja di hadapan mereka.

Apex ketika dihubungi Mynewshub.my berkata, beliau buat masa ini enggan menjawab sebarang isu atau gosip berhubung tuduhan itu kerana ingin menumpukan perhatian kepada persiapan pasukan negara untuk temasya Sukan Sea di Indonesia.

“Bro (wartawan), bagi saya fokus game (permainan) dulu, saya mintak sangat jasa baik semua pihak bagi saya fokus untuk Sukan Sea ini dulu.

“Nanti selepas game saya boleh jelaskan,” katanya melalui sistem pesanan ringkas.

Pasukan bola sepak bawah 23 tahun akan berlepas untuk menyertai Sukan Sea ke-26 pada Jumaat ini.


UPDATE:

Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan.

“Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.

“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar," katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama.

No comments:

Search This Blog

Labels