Wednesday, November 16, 2011

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN ERNI DEKRITAWATI (ANAK SOSILAWATI) DAN KAMARUL

Majlis Pertunangan Erni Dekritawati (Rita) & Kamarul

Kira-kira 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26 dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, yang telah di adakan pada 30 Okt 2011 yang lalu.


Majlis diadakan secara tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu di Gombak.Acara bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna ungu tiba jam 8.45 malam membawa tujuh dulang hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Difahamkan, jumlah hantaran yang bakal diterima Rita pada majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung 4 Disember depan ialah sebanyak RM30,000 serba satu manakala majlis persandingan di pihak lelaki pula dijadualkan pada 8 Disember. Kredit gambar kepada bicarahatimoon.blogspot.com






No comments:

Search This Blog

Labels