Wednesday, November 2, 2011

GAMBAR PAWAGAM GSC MID VALLEY TERBAKAR

Gempar pawagam terbakar

Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam.


Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari sebelum sebuah jentera dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian.


Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal. Menurutnya, ketika kejadian, pawagam berkenaan kosong. Setakat ini, punca kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

BERASAP...orang ramai berkumpul di luar kawasan pawagam terbabit yang berasap, semalam.

sumber mymetro

No comments:

Search This Blog

Labels