Friday, November 11, 2011

GAMBAR PERNIKAHAN DIRA ABU ZAHAR DAN HELMI


Dira Abu Zahar Sah Bergelar Isteri Helmi- 11.11.11

Dengan tiga kali lafaz, pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, Jumaat.


Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.


Pada majlis tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Manakala, pihak Helmi menerima 11 dulang antaranya coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.


Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Anizam Yussof manakala wajah Dira disolekkan oleh Zamri Zainol.

Sementara itu, majlis resepsi selebriti popular ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL. Kepada anda yang terlepas melihat kad perkahwinan mereka, boleh [KLIK SINI]

Selain Dira, Lan A To Z juga telah melangsungkan perkahwinannya semalam dengan pasangannya Siti Nur Ain, [KLIK SINI]














kredit pictures: D’Unite Art Group kerjasama dari D’Reyanz Colour dan Image Creative Studios eksklusif untuk OHBULAN!

No comments:

Search This Blog

Labels