Wednesday, October 12, 2011

GAMBAR BEDAH SIASAT MICHAEL JACKSON DIDEDAH

Foto Bedah Siasat Michael Jackson Didedah

Gambar bedah siasat yang dilakukan ke atas mendiang Michael Jackson didedahkan oleh Pendakwaraya di mahkamah semalam. Doktor yang melakukan bedah siasat ke atas Raja Pop Dunia itu memberitahu mahkamah bahawa adalah hampir mustahil untuk Michael Jackson membunuh diri dengan menyuntik dirinya sendiri.


Jackson meninggal dunia pada Jun 2009 akibat pengambilan dadah jenis propofol secara berlebihan. Doktor peribadi Jackson iaitu Conrad Murray berhadapan dengan hukuman penjara selama empat tahun sekiranya disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh tanpa niat ke atas penyanyi tersebut.


Ketika memberi keterangan kepada juri di mahkamah, beberapa foto sewaktu bedah siasat dilakukan turut disiarkan secara eksklusif di stesen televisyen tempatan


Kredit Foto : International Business Times
info: gua.com.my

No comments:

Search This Blog

Labels