Tuesday, October 4, 2011

SEPAHTU DITUBUHKAN, SEPAH DIBUBAR

Kumpulan Sepah Akhirnya Secara Rasmi Berpecah Muncul pula Kumpulan Sepahtu (Sepah Two)

Semalam berlangsungnya Majlis Sidang Akhbar "SEPAHTU BIKIN ALBUM". Dalam majlis tersebut, dengan  rasminya pengumuman telah dibuat oleh bekas kumpulan Sepah iaitu Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Jep dan Shahmira Muhamad atau nama glamer beliau Shuib bahawa Kumpulan Sepah telah berpecah.


Akhirnya segala spekulasi selama ini mengenai Kumpulan Sepah yang terdahulu dianggotai oleh 3 orang ahli kini telah berpecah. Sidang akhbar semalam adalah untuk memberi makluman mengenai penubuhan sebuah lagi Kumpulan yang baru yang dianggotai oleh Shuib dan Jep yang digelar SEPAHTU dan juga pengumuman pembubaran kumpulan Sepah.


Kumpulan SEPAHTU bakal mengeluarkan Album ,setelah mereka memetrai perjanjian dengan MW Entertaiment Sdn Bhd dan Sheikh Qalam Records untuk menerbitkan Album Sulung mereka. Album ini bakal diedar dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia dan dijangka akan Siap pada penghujung tahun.

Antara Komposer dan penulis yang bakal memberi sentuhan pada Album ini adalah Datuk M.Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan juga Kumpulan Sepahtu sendiri. Genre untuk Album ini bakal mengetengahkan genre pelbagai rentak yang terdiri daripada Pop dan rock (mungkin ada genre lain bergantung kepada keadaan).


Satu pembaharuan yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminat Kumpulan ini.Dengan kerjasama dari Syarikat MW Entertainment yang dimiliki oleh Mawi sudah tentu ia bakal melonjakkan nama Kumpulan Sepahtu (Sepah Two) ini.Jadi kepada para peminat seni tanah air nantikan kemunculan Album dari Kumpulan Sepahtu (Sepah Two) ini nanti.

kredit info dan pictures to teratakarmo

No comments:

Search This Blog

Labels