Saturday, October 22, 2011

GAMBAR MAYAT MUAMMAR GADDAFI DIPAMERKAN

GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS GADDAFI DIBUNUH

Jenazahnya dipamer dalam ruang dingin beku di sebuah kompleks beli belah.Itulah nasib bekas pemimpin diktator Libya, Moammar Gaddhafi yang dibunuh tentera pemberontak 2 hari lalu.Rakyat Libya beratur di luar kompleks beli-belah di Misrata ini untuk menyaksikan buat kali terakhir jenazah bekas pemimpin negara itu, sementara pihak berkuasa berbincang dan membuat keputusan lokasi jasad gadafi akan disemadikan.


Jenazah sepatutnya dikebumikan pada Jumaat berdasarkan ajaran Islam yang menuntut jenazah dikebumikan secara segera.Bagaimanapun kerajaan sementara menangguhkannya kerana punca sebenar kematiannya masih belum dikenal pasti.



Jasad Gaddhafi yang cuma berseluar diletakkan di atas sekeping tilam berlumuran darah dalam ruang dingin beku yang lazimnya digunakan oleh pengusaha restoran menyimpan makanan mudah rosak.Kesan peluru juga kelihatan di bahagian kiri kepalanya.

Pemimpin baru Libya memberi jaminan bahawa Muammar Gaddafi akan dikebumikan mengikut ajaran Islam, sehari selepas saat-saat terakhir dramatik beliau apabila diktator terbabit diseret dari tempat persembunyiannya dalam saluran longkang, merayu supaya tidak dibunuh ketika bandar kelahiran beliau jatuh ke tangan pejuang revolusi.




No comments:

Search This Blog

Labels