Tuesday, October 11, 2011

VIDEO SEKS MIMI KLIP 3GP DI WEB LUCAH?

Klip Aksi Ranjang Mimi Di Web Lucah

Tinggal sehari lagi saja lagi sebelum filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Klip 3GP bakal ditayangkan di 71 pawagam seluruh negara. GUA pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton lakonan pertama Mimi One Nation Emcees terutamanya aksi ranjang pelantun lagu ‘Raja Gelek’ ini.


Namun dalam berdebar menghitung tarikh tayangan filem pertamanya, Mimi dikejutkan dengan sebuah klip video seks di mana aksi tersebut kononnya dilakukan oleh Mimi sendiri. Difahamkan, penyebaran klip video 2 minit itu tersebar luas di beberapa buah laman lucah. Ikuti luahan Mimi mengenai penyebaran klip video yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

“Saya memang tak tengok lagi dan kalau boleh tak nak tengok pun. Saya tak rasa nak tengok sebab saya tahu benda itu tak betul. Lagipun, saya tahu saya tak bogel. Saya dapat tahu cerita ini dari seorang wartawan yang menemubual saya. Saya tak risau cuma saya tak selesa dan tak boleh tidur bila mula-mula klip ini tersebar.


“Difahamkan, klip tersebut tersebar di beberapa web lucah. Saya tertanya juga mana mereka dapat klip itu, namun apa yang difahamkan, babak yang digunakan dalam klip tersebut bukan ada dalam filem Klip 3GP. Jika mereka ambil dari trailer, saya tak ada masalah, tapi jika bukan, itu yang saya nak tahu dari pihak GB. Setakat ini saya tak buat laporan polis lagi.”

Apabila ditanya kepada Jojo mengenai penyebaran klip video seks bekas kekasihnya itu, Jojo memberitahu, “Saya pun tak tengok lagi. Malah, bagi saya tak perlu tengok pun. Saya ada cakap pada Mimi tak perlu risau dan suruh dia bertenang. Kita tahu orang macam ini (gila seks) akan buat macam-macam, jadi kita buat tak tahu saja.”


Pengurus Besar Unit Filem & Drama Primeworks Studios Sdn Bhd, Tengku Iesta Tengku Alaudin ketika ditanya mengenai isu ini pula memberitahu, “Ini bukan gimik dari GB. Kami sekarang tengah siasat dari mana datang klip ini, sama ada ketika sedang penggambaran atau pasca produksi. Mungkin sumber dari dalam tapi kadang-kadang benda itu di luar kawalan kita.


“Klip yang tersebar ini menggunakan footage yang kami tak pakai dan footage bukan dari filem ini. Kemudian mereka buat suntingan dan jadikan ia seperti satu lakonan. Visual ini datang dari satu laman web lucah. Kami bukan nak ambil kesempatan di atas penyebaran video ini. Kami dah minta maaf kepada pelakon kita dan tak nak isu ini memudaratkan promosi filem terbaru kami. Kami tak pandang remeh isu ini, kami tengah jalankan siasatan dan bila dah tahu siapa dalangnya, kami akan buat laporan polis.”


Filem 'Klip 3GP' diarahkan oleh Aidilfitri Mohd Yunos, yang juga penulis cerita asal bersama Sofia J.Rhyland. Filem ini akan ditayangkan pada 13 Oktober 2011.

sumber gua.com.my

No comments:

Search This Blog

Labels