Saturday, October 29, 2011

JUARA PIALA MALAYSIA 2011

LIVE RESULT SEMASA TERKINI PERLAWANAN AKHIR PIALA 2011

Sukar untuk meramalkan siapa yang paling layak antara Negeri Sembilan dan Terengganu untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan mempunyai pengalaman beraksi pada perlawanan akhir tiga kali berturut turut serta berazam merampasnya selepas dikecewakan oleh Kelantan musim lepas.


Kesungguhan dan kemampuan kedua-dua pasukan tahun ini lebih menarik dengan masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri namum silap sedikit percaturan boleh membawa padah.

Terengganu memang terkenal dengan corak permainan pantas sementara Negeri Sembilan dengan kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman sudah pasti mempergunakan kelebihan masing-masing untuk memenangi Piala Malaysia 2011.

Meskipun ramai pemerhati dan jurulatih beranggapan kedua-dua pasukan itu mempunyai peluang seimbang dengan pemenang ditentukan dengan kelebihan satu gol berdasarkan rekod cemerlang semasa saingan awal piala tersebut.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN:

TERENGGANU 1 - 2 NEGERI SEMBILAN

(Ashaari 59', S Kunalan 81', Hairuddin Omar 86')




Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya merangkul gelaran Juara Piala Malaysia bagi tahun 2011!

Gol Ashaari Shamsudin



Jaringan Ashaari , S Kunalan, Hairuddin Omar



kredit video: sokernet

No comments:

Search This Blog

Labels