Friday, October 21, 2011

YASMIN HANI SAH BERGELAR ISTERI SHA'ARIN

Yasmin Hani Bergelar Isteri Sha’arin

Dengan sekali lafaz, pengantin Yasmin Hani Richardson dan Sha’arin Mohammed Razali Wong bergelar suami isteri setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, tepat jam 3:45 petang tadi.


Rombongan pihak pengantin lelaki telah membawa 7 dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. 7 dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Manakala pihak pengantin perempuan membalas 9 dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.



Kedua-dua pengantin telah memilih warna sedondon berwarna putih yang telah diilhamkan oleh Qamilla dan ditatarias oleh kenalan rapat pasangan pengantin yang dikenali Chot (Tengku Putra Iskandar Tengku Othman). Beliau juga dipertanggungjawabkan menatarias pasangan pengantin semasa persandingan nanti.

Singgahsana nikah yang serba indah ini telah direka dan diilhamkan oleh Prof. Mohd Ali atas keinginan dan kesepakatan kedua mempelai. Lagi banyak gambar akan diupdate selepas ini.

Berita Sebelum ini:
1. Gambar Kad Undangan Yasmin Hani dan Sha'arin
2. GAMBAR PRA PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAHRIN

kredit: ohbulan!

No comments:

Search This Blog

Labels