Sunday, October 30, 2011

PENYOKONG N.SEMBILAN BAKAR BENDERA TERENGGANU DIPUKUL

PENYOKONG N.SEMBILAN BAKAR BENDERA TERENGGANU DIPUKUL

Menang kalah adat pertandingan. Disebalik kejayaan Negeri Sembilan menjulang trofi Piala Malaysia untuk musim 2011.Ada juga kejadian negatif yang tidak diingini berlaku, Heboh mengatakan salah seorang penyokong Negeri sembilan telah membakar bendera negeri Terengganu.Ekoran daripada tindakannya itu menyebabkan dirinya dipukul.Namun kesahihan perkara ini belum disah’kan benar atau tidak,tetapi kejadian ini dirakamkan dan dimuat turun dilaman youtube.


Menurut satu petikan daripada pengguna facebook di kelab e-penyokong bola sepak negeri sembilan, gambar yang menunjukan seorang penyokong negeri sembilan yang terbaring dan didakwa membakar bendera terengganu adalah tidak benar..

-selepas tamat perlawan saya telah keluar dari kawasan tempat duduk dan melihat sekumpulan pasukan kompang/gendang n9 meraikan kemenangan berhampiran gate tiket.tiba2 segerombolan penyokong terengganu lalu berhampiran tempat penyokong negeri sembilan yang sedang meraikan kemenangan..senang crite…tup2 diorang ni bertembung saya pun lari ke belakang nak selamatkan diri..nampak dari jauh kecoh2 polis pun datang redakan keadaan.saya dan kawan2 beranikan diri mara ke depan bila polis dah asingkan penyokong terengganu ke luar stadium..saya pun nampak orang diatas terbaring dan dikelilingi penyokong negeri sembilan yang cuba membantu..saksi dan rakan2 dia kata dia telah dipijak ketika bertembung tadi..namun tiada pun kesan bendera dibakar mahupun api berada di kawasan berhampiran..harap maklum.

Apapun,kesahihannya tidak dapat dipastikan..kepada mereka yang berada disitu,mungkin korang ada bukti lain yang lebih kukuh?






sumber enciknakal.com

No comments:

Search This Blog

Labels