Tuesday, October 4, 2011

SAM BUNKFACE SEDIA JADI ANAK IKAN

Sam (Bunkface) Sedia Jadi 'Anak Ikan'

Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar bersedia berlakon dalam filem terbaru penerbit, Raja Azmi yang berjudul Anak Ikan, jika dia ditawarkan untuk filem berkenaan.


Sam berkata, selain bidang nyanyian, dia sebenarnya mempunyai minat yang mendalam di bidang lakonan sejak kecil lagi, cuma belum diberi peluang.

"Jika saya benar-benar ditawarkan dalam filem Anak Ikan, apa salahnya. Lagipun sebelum ini saya pernah berlakon untuk iklan televisyen dan teater.

"Malah saya juga tidak kisah untuk melakonkan apa saja watak, asalkan skrip yang diberi menarik perhatian saya," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Pada Jumaat lalu, Raja Azmi memberitahu kepada portal Daily Chilli bahawa dia akan menerbitkan sebuah filem baru, Anak Ikan, dan Sam merupakan artis yang diinginkan bagi menjayakan sebuah watak dalam filem tersebut.


Filem yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Ajami Hashim itu mengisahkan mengenai seorang lelaki yang mempunyai seekor ikan belaan yang akhirnya bertukar menjadi ikan duyung lelaki.

Tambah Sam lagi, dia juga tidak mempunyai masalah jika menerima watak seekor duyung jika watak tersebut benar-benar sesuai dengannya.

Berita sebelum ini - SAM BUNKFACE BAKAL BERBOGEL DALAM ANAK IKAN?


No comments:

Search This Blog

Labels