Monday, October 31, 2011

GAMBAR DATO' SITI NURHALIZA DULU HINGGA SEKARANG

(GAMBAR)Dato’ Siti Nurhaliza: Perubahan Usia Tahun Demi Tahun

Dato’ Siti Nurhaliza sudah berapa dalam industri selama 16 tahun. Kerjayanya smooth saja, dan sehingga kini dia masih mengekalkan karismanya dan masih memegang takhta penyanyi paling popular dalam negara dan seorang legenda dalam pembikinan. Dari menyanyi, menghibur, mempunyai rangkaian perniagaan kosmetik sendiri kini mempunyai album Inggeris

Berikut merupakan gambar-gambar Dato’ Siti Nurhaliza tahun demi tahun, semenjak dia menang Bintang HMI di RTM pada tahun 1995 sehingga ke tahun 2011.

1995

 1996

 1997

 1998

 2002

 2004

 2006

 2007

 2010

 2011

kredit beautifulnara dan Arsenal Red Juan

GAMBAR KERETA API LANGGAR LORI TANGKI KOTA KINABALU

Kereta api rempuh lori tangki dekat Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.



Mangsa-mangsa segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantarminyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkankereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41-tahun dibawa oleh polis untuk siasatan,sementara pemandu kereta api berusia 51-tahun mengalami luka-luka di kaki. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama lima kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.


Sementara itu, seorang staf Penerbangan Malaysia Busri Asad, 39, berkata beliaunampak beberapa orang penumpang keluar melalui tingkap keretapi sejurus selepaspelanggaran berlaku. "Saya juga melihat orang-orang berlari ke bahagian belakang keretapi. Kira-kira 10 minit selepas pelanggaran, satu letupan berlaku dan api naik dengan marak," kata beliau.

Busri berada di seberang jalan dari tempat kemalangan selepas habis kerja.


Seorang setiausaha akhbar kepada menteri negeri, Arshad Hussin berkata beliau berada pada jarak kira-kira 700 meter ketika kemalangan berlaku. "Saya dalam perjalanan pulang dan hendak mengisi minyak di stesen. Tetapi saya membuat keputusan menghentikan kereta di tepi jalan kerana saya ternampak dari stesen itu kebakaran besar dan asap tebal. "Lalu lintas di jalan tiga lorong terhenti di depan tempat kemalangan dan kenderaan lain bergerak jauh menuju ke lorong sebelah kanan, mengelakkan lorong sebelah kiri," katanya, dan menambah beliau turut mendengar dua letupan. Beliau juga nampak orang-orang dalam gerabak berlari ke bahagian belakangkereta api.


GAMBAR NORA DANISH SAMBUT HALLOWEEN

Nora Danish  ucap Happy Halloween di Facebook

Nora Danish menyambut perayaan Halloween bersama rakannya. Nora Danish dalam laman facebooknya disertai telah mengucapkan Happy Halloween kepada peminatnya. Dalam gambar tersebut, jelas kelihatan Nora Danish sedang memakai kostum Halloween manakala seorang lagi rakan yang tidak dikenali turut memakai lampu tanduk syaitan. Gambar itu menimbulkan rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan pelawat Facebook Nora. Ada juga yang memaki hamun Nora Danish kerana menyambut perayaan itu. Berikut adalah komen daripada orang ramai mengenai Nora Danish sambut Halloween.




sumber gambar Facebook Nora Danish

Sunday, October 30, 2011

GAMBAR AKMA AF3 KINI SUDAH BERTUDUNG

Imej baru Akma dan Azura

KETAWA dan ramahnya masih sama. Hadir ke studio dalam persalinan kasual yang cukup ringkas dan bergaya dengan kasut ala penari balet. Cuma yang membezakan, Akma, 26, kini sudah bertudung litup.

Jika dia tidak menanggalkan cermin mata hitamnya itu pasti orang sekeliling akan tertanya-tanya, siapakah gadis tinggi lampai yang anggun dalam lilitan tudung persis Hana Tajima iaitu pereka dan ikon fesyen dari United Kingdom.


Akma atau nama asalnya Asiahtunakma Abdullah, merupakan penyanyi tempatan kelahiran program realiti Akademi Fantasia, musim ketiga (AF3).

Kemunculan Akma yang bertudung bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan sejak kebelakangan ini satu-persatu selebriti yang sedang mencipta nama di persada seni tanah air tampil dengan imej yang sama.

Persoalannya, adakah bertudung sudah dikategori sebagai salah satu trend fesyen atau dari sudut positif ia merupakan penghijrahan dan pengorbanan ikhlas seseorang itu untuk berubah?

"Tidak dinafikan, sesetengah individu memandang serong kepada kelompok selebriti yang mengambil keputusan untuk bertudung. Lebih menyedihkan mereka sanggup bertaruh untuk melihat pendirian seseorang artis itu bertudung.

"Bukankah lebih baik sekiranya masyarakat sekeliling berdoa dan terus memberi sokongan supaya kami mengekalkan imej sopan dan muslimah ini," jelas Akma ketika menggayakan jubah nuansa biru lembut koleksi Hurul Ain.


Pasang niat

Bicara wanita yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu, sejak tahun lalu dia sudah memasang niat untuk bertudung, namun hasrat murni berkenaan tercapai jua pada 13 Syawal lalu.

Tambah anak keempat daripada enam adik-beradik itu, pada mulanya dia gusar sekiranya undangan nyanyian berkurangan gara-gara keputusannya memakai tudung. Tetapi, semakin dia mendekatkan diri kepada Tuhan semakin melimpah ruah rezekinya.

Acap kali menyentuh mengenai imej terbaharunya itu, Akma yang popular menerusi lagu Percaya Pada Cinta, sentiasa tersenyum. Bicara peminat sepatu itu lagi, paling mengujakan pantang mempunyai masa terluang dia tidak melepaskan pe luang mengunjungi Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur untuk membeli-belah tudung dan selendang.

"Saya tak cerewet dalam aspek jenama mahupun harga. Biasanya saya suka membeli selendang jenis likra atau satin kerana ia mudah dibentuk. Dari segi warna pula saya gemarkan warna-warna terang dan ceria kerana ia sesuai dengan usia remaja," jelas Akma yang suka mencuba pelbagai teknik lilitan tudung untuk disesuaikan dengan lokasi dan acara yang dihadiri.

Sementara itu, pembaca berita TV9, Norazura Abu Samah, 28, atau lebih mesra disapa Zura menyifatkan dia mengambil keputusan untuk memakai tudung selepas berhadapan dengan dua kejadian yang menakutkan.

Biarpun menyedari perubahan imejnya itu boleh menyebabkan dia kehilangan kerja tetapi wanita bersuara serak-serak basah itu reda dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

"Saya akui majikan sebelum ini kurang selesa jika staf memakai pakaian yang bertudung litup. Pada masa tersebut sukar untuk mencari kerja baharu tetapi saya nekad memakai tudung dan sanggup berhenti kerja.

"Bersyukur, selepas berhijab saya diberi peluang menyertai Pesona Nona kendalian TV3 iaitu sebuah program yang mencari bakat-bakat baharu dalam dunia pengacaraan," kata Zura yang murah dengan senyuman.


Detik menginsafkan

Bertitik tolak daripada episod itu dia semakin yakin bertudung kerana menyifatkan sehelai selendang yang menutup kepalanya itu bukan penghalang untuk dia mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Malah, bekas pelajar Sekolah Menengah Puteri Wilayah, Kuala Lumpur itu berasa gembira kerana diterima pula berkhidmat sebagai pembaca berita di stesen TV9, meskipun bertudung.

Bercerita tentang detik yang menginsafkan sehingga mendorongnya memakai tudung, Zura yang masih bujang menyatakan dia pernah berhadapan dengan dua kejadian yang mencemaskan.

Empat tahun lalu, sewaktu menghadiri majlis kenduri-kendara di kampung halamannya di Pontian, Johor Bahru, Johor dia jatuh pengsan.

"Bayangkan, saya tiba-tiba rebah dan badan menggigil. Anak mata pula naik ke atas. Saudara-mara mula resah dan berusaha memulihkan saya dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran.

"Selang beberapa bulan ketika sibuk dengan aktiviti merewang untuk sebuah majlis perkahwinan sepupu di Kuala Lumpur, beberapa buah khemah dan pelamin roboh serta musnah akibat ribut. Ibu saya juga terjatuh dan kami hampir dipanah kilat," luah Zura yang menyifatkan sekiranya maut menjemputnya akibat terkena panahan petir itu, apakah amalan dan persediaan diri yang dibawa.

Rentetan dua insiden berkenaan membuka seribu hikmah buat graduan Diploma Pengajian Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), itu.

Tambah pencinta aksesori ini; "Usah teragak-agak untuk melakukan pengorbanan buat diri sendiri dan agama. Lagipun bertudung sememangnya dituntut agama.

"Siapa kata dengan bertudung kita tak boleh bergaya, padahal trend fesyen tudung terkini semakin banyak dan mengikut peredaran zaman.

sumber kosmo online

GAMBAR FASHA SANDHA PAKAI TUDUNG

Artis Malaysia bertudung apabila ke Kelantan

Apa yang anda lihat merupakan wajah Fasha bertudung di alam yang nyata dan bukannya dalam lakonan drama dan sebagainya. Menurut sumber, gambar ni diambil ketika Fasha sandha berada di Kelantan. Memang serius comel sangat-sangat dan terserlah keayuan Fasha. 








sumber myartis.com dan welovefashasandha

PENYOKONG N.SEMBILAN BAKAR BENDERA TERENGGANU DIPUKUL

PENYOKONG N.SEMBILAN BAKAR BENDERA TERENGGANU DIPUKUL

Menang kalah adat pertandingan. Disebalik kejayaan Negeri Sembilan menjulang trofi Piala Malaysia untuk musim 2011.Ada juga kejadian negatif yang tidak diingini berlaku, Heboh mengatakan salah seorang penyokong Negeri sembilan telah membakar bendera negeri Terengganu.Ekoran daripada tindakannya itu menyebabkan dirinya dipukul.Namun kesahihan perkara ini belum disah’kan benar atau tidak,tetapi kejadian ini dirakamkan dan dimuat turun dilaman youtube.


Menurut satu petikan daripada pengguna facebook di kelab e-penyokong bola sepak negeri sembilan, gambar yang menunjukan seorang penyokong negeri sembilan yang terbaring dan didakwa membakar bendera terengganu adalah tidak benar..

-selepas tamat perlawan saya telah keluar dari kawasan tempat duduk dan melihat sekumpulan pasukan kompang/gendang n9 meraikan kemenangan berhampiran gate tiket.tiba2 segerombolan penyokong terengganu lalu berhampiran tempat penyokong negeri sembilan yang sedang meraikan kemenangan..senang crite…tup2 diorang ni bertembung saya pun lari ke belakang nak selamatkan diri..nampak dari jauh kecoh2 polis pun datang redakan keadaan.saya dan kawan2 beranikan diri mara ke depan bila polis dah asingkan penyokong terengganu ke luar stadium..saya pun nampak orang diatas terbaring dan dikelilingi penyokong negeri sembilan yang cuba membantu..saksi dan rakan2 dia kata dia telah dipijak ketika bertembung tadi..namun tiada pun kesan bendera dibakar mahupun api berada di kawasan berhampiran..harap maklum.

Apapun,kesahihannya tidak dapat dipastikan..kepada mereka yang berada disitu,mungkin korang ada bukti lain yang lebih kukuh?






sumber enciknakal.com

GAMBAR KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN DAHLIA TECK DI WERNER'S

Khairul Fahmi Che Mat & Dahlia Teck di Werner’s

Gambar ini dikirimkan oleh seseorang kepada blog mediamalaya. Gambar ini di mana Khairul Fahmi Che Mat dan Dahlia Teck bersama rakan-rakan yang super seksi di Werner’s, Bukit Bintang. Sebagai makluman, Werner’s merupakan tempat makanan hidangan Itali.



kredit picture to mediamalaya

Saturday, October 29, 2011

NING BAIZURA NAFI SUAMI JALIN HUBUNGAN SULIT

Ning Malas Nak Layan

Kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan tempatan, pasti mengetahui tentang gosip panas mengenai penyanyi popular Ning Baizura ketika ini. Dalam kesibukkan Ning menguruskan konsert Ning @ KL Live yang dijadualkan pada 2 Disember hadapan, tiba-tiba timbul dakwaan mengatakan rumah tangganya mula goyah.  Kononnya suami Ning, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar) menjalin hubungan sulit dengan setiausahanya, seorang wanita berketurunan Cina.


Ning sudah pun memberi penjelasan tentang gosip itu di Melodi baru-baru ini. Malah, beberapa akhbar turut mengeluarkan kenyataan Ning, Jelas penyanyi berusia 37 tahun ini dakwaan itu sama sekali tidak berasas kerana hubungannya dengan Omar cukup bahagia.
Hari ini, Ning sekali menegaskan rumahtangga dengan Omar tidak menghadapi masalah dan mereka cukup bahagia. Jelas Ning, dia tidak mahu melayan gosip liar itu kerana ia hanya membuang masa.

“Saya malas hendak fikirkan sangat tentang gosip ini. Buat apa hendak pening-peningkan kepala? Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada kerja. Hanya saya dan suami yang tahu status sebenar perhubungan kami sebagai suami-isteri. Kalau orang luar hendak sebarkan gosip begini, itu terpulang. Saya pun tidak mahu ambil tahu siapa individu yang bertanggungjawab. Sepanjang 18 tahun terlibat dalam dunia hiburan, saya sudah ‘masak’benar dengan gosip-gosip sebegini. Lama-kelamaan pasti hilang,” ujar Ning dalam nada tenang.

Bercerita tentang penerimaan Omar terhadap gosip ini, Ning memberitahu suaminya itu tidak melatah apabila mendapat tahu tentang gosip ini. Namun, berasa sedikit terkejut kerana dia tidak tahu siapa wanita yang dikaitkan dengan dirinya.

“Mula-mula memanglah dia terkejut tetapi sekarang ini dia sudah boleh menerimanya dengan baik. Senang cerita, saya dan suami tidak mengambil serius tentang gosip liar ini. Kami kenal hati budi masing-masing,” ujar Ning.

sumber: gua.com.my

JUARA PIALA MALAYSIA 2011

LIVE RESULT SEMASA TERKINI PERLAWANAN AKHIR PIALA 2011

Sukar untuk meramalkan siapa yang paling layak antara Negeri Sembilan dan Terengganu untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun ini.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan mempunyai pengalaman beraksi pada perlawanan akhir tiga kali berturut turut serta berazam merampasnya selepas dikecewakan oleh Kelantan musim lepas.


Kesungguhan dan kemampuan kedua-dua pasukan tahun ini lebih menarik dengan masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri namum silap sedikit percaturan boleh membawa padah.

Terengganu memang terkenal dengan corak permainan pantas sementara Negeri Sembilan dengan kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman sudah pasti mempergunakan kelebihan masing-masing untuk memenangi Piala Malaysia 2011.

Meskipun ramai pemerhati dan jurulatih beranggapan kedua-dua pasukan itu mempunyai peluang seimbang dengan pemenang ditentukan dengan kelebihan satu gol berdasarkan rekod cemerlang semasa saingan awal piala tersebut.


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN:

TERENGGANU 1 - 2 NEGERI SEMBILAN

(Ashaari 59', S Kunalan 81', Hairuddin Omar 86')




Tahniah diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya merangkul gelaran Juara Piala Malaysia bagi tahun 2011!

Gol Ashaari Shamsudin



Jaringan Ashaari , S Kunalan, Hairuddin Omar



kredit video: sokernet

Friday, October 28, 2011

FARA FAUZANA DAN NEELOFA PENGACARA NONA

Neelofa & Fafau Pengacara Baru Nona

Teka-teki siapakah yang bakal menjadi pengacara Nona akhirnya terjawab. Sebelum ini, Fara Fauzana di sebut-sebut bakal menggantikan Vanidah Imran dan akhirnya memang menjadi kenyataan. 


Yang menariknya, tanggungjawab mengacara Nona tidak diserahkan hanya kepada Fara. Dia akan dibantu oleh pelakon paling 'hot' masa kini, Neelofa. Mereka bakal menggantikan Vanidah Imran. Nampaknya produksi Nona ingin menampilkan kelainan untuk musim terbaru rancangan wanita ini.


kredit to gua.com.my

VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU PERTAMA

Live Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama

Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon hebat komedi profesional terbaik di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih hebat lagi, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.


Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan Pimai yang dianggotao oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),, BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ranlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.

Sebentar tadi, berlalunya Maharaja Lawak Mega bagi Minggu Pertama. Diumumkan Juri tetap Maharaja Lawak Mega ialah Dato’ Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan Dato’ Siti Nurhaliza. Dan juri jemputan untuk minggu 1 ialah Imran Ajmain. Pertandingan berakhir dengan Tiada Penyingkiran walaupun 3 peserta yang dipanggil iaitu Anje, Lanun dan Caer.

Anje



Syok



Bawel



Pimai



Rap



Saehu



Boboi



Comel



Osbon



Adlin



Lanun



Gebu



Caer



3G



JH



BP



Hiro


Berikan sokongan anda dengan mengeLIKE fanpage Maharaja Lawak Mega ini.

Next: VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 2

Next: VIDEO MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU 3

AYU RAUDHAH KEGUGURAN

Ayu Raudhah Keguguran

Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.


Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.

Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.

“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu yang akan menyambung penggambaran ‘Germersik Kalbu’ esok.

Sumber gua.com.my

Thursday, October 27, 2011

ANANG ASHANTY RAKAM GAMBAR PRA PERKAHWINAN DI EROPAH?

Anang dan Ashanty Rakam Gambar Pra-Perkahwinan Di Eropah?

Anang Hermansyah (gambar) dan Ashanty (gambar) yang sedang merancang perkahwinan mereka dikhabarkan akan merakamkan gambar dan penggambaran klip video pra-perkahwinan mereka di Eropah dalam masa terdekat ini.


Bagaimanapun pasangan ini enggan mengiyakan mahupun menidakkan perkara tersebut.

"Gambar pra-perkahwinan di sana (Eropah)? Cuaca di sanakan minus 9 darjah celcius, jadi sukar untuk senyum gambar pra-perkahwinan.

"Sebenarnya kami belum terfikir foto-foto seperti itu dan tidak mahu terlalu memikirkan tentang kostum," ujar Ashanty kepada detikhot, Khamis.

Yang pasti, dalam perancangan mereka memang ingin membawa jurukamera peribadi.

"Kami belum tahu juga sama ada ingin merakamkan gambar pra-perkahwinan atau tidak. Tapi tujuan ke sana memang mahu bikin klip video," ujarnya lagi.

sumber mstar

GAMBAR WISMA FAM DISIMBAH CAT MERAH

WISMA FAM KENA LEMPAR CAT MERAH

Taktik ‘amaran ala ‘ah long’ terhadap peminjam’ atau vandalisme dengan membaling cat menimpa Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, awal pagi semalam.

Ia dipercayai ada kaitannya dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.

Plastik yang mengandungi cat merah dilempar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga terkena pada bumbung Wisma FAM di Kelana Jaya

Lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu kira-kira pukul 3.30 pagi sehingga pecah dan melimpahkan isinya, lalu mengotori lantai pintu depan wisma, serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.

Sebahagian cat turut mengenai kereta salah seorang daripada dua pengawal keselamatan yang bertugas dari malam tadi hingga awal pagi ini, yang diletakkan berdekatan pagar wisma dan jalan raya hadapannya. namun sebuah bas Pioneer berwarna kuning milik FAM tidak jauh dari situ, tidak diapa-apakan.

Seorang pengawal keselamatan yang ditemui di Wisma FAM semalam berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh rakan setugasnya yang juga pemilik kereta berkenaan bahawa keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri sejurus selepas melontar cat.

Dia yang enggan dikenali berkata: “Ketika kejadian, pengawal tersebut duduk di meja berdekatan lantai yang dikotori lemparan cat itu. Dua beg plastik berisi cat itu tersangkut pada bumbung plastik dan tiga lagi bertaburan di lantai. Ia bagaimanapun dibersihkan beberapa minit kemudian.

“Disebabkan gelap, wajah empat lelaki itu sukar dikenali sementara nombor plat motosikal mereka juga tidak sempat diambil pengawal keselamatan, lagipun mereka dengan cepat melarikan diri menaiki motosikal selepas melakukannya,” katanya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, seorang pegawai FAM yang singgah di Wisma FAM pada sebelah pagi semalam berkata, tidak tahu-menahu mengenai kejadian tersebut, juga dengan seorang kakitangan yang bertugas pada cuti am Deepavali bagi menyiapkan butiran mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir itu.

sumber Utusan

FARA FAUZANA PENGACARA BARU NONA?

Fara Fauzana Pengacara Baru Nona?

Nama penyampai Hot FM, Fara Fauzana disebut-sebut bakal mengendalikan rancangan wanita popular di TV3, Nona bagi menggantikan pengacara sekarang, Vanidah Imran. Difahamkan, teka-teki itu bakal terungkai pada majlis pratonton rancangan televisyen Media Prima  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada hari esok.


Nama lain yang turut dikaitkan bagi mengemudi rancangan wanita popular di TV3 itu ialah pelakon Rozita Che Wan yang baru-baru ini terpilih sebagai pengacara bersama di majlis Anugerah Skrin pada 4 November depan. Adakah anda setuju Fara menjadi hos Nona?

sumber gua.com.my

GAMBAR AARON AZIZ DALAM FILEM INGGERIS PRINCE OF THE CITY

Aaron Aziz Dalam Filem Inggeris, Prince Of The City

Aaron Aziz akan muncul dalam filem berbahasa Inggeris, Prince of the City yang diarahkan oleh pelakon 90′an, Roslan Hussin. Jangan dikelirukan dengan filem ini pula. Aaron dikhabarkan memegang watak sebagai seorang pembunuh upahan  Michael Madsen, untuk membunuh watak yang dilakonkan oleh Jehan Miskin. Pelakon-pelakon lain yang terlibat dengan filem ini ialah Julian Cheah, Tara Wallers dan Yang Kassim. Kredit gambar pada We Love Aaron Aziz.














Search This Blog

Labels