Remy Ishak Akui Berpacaran Dengan Tiz Zaqyah
Bukan mahu menyembunyikan status perhubungannya bersama pelakon Tiz Zaqyah selama ini sebaliknya jelas aktor hitam manis, Remy Ishak, tindakan tersebut diambil sebagai langkah berhati-hati kerana tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Namun tegas Remy Ishak, dia dan Tiz Zaqyah sememangnya sedang berpacaran dan mengharapkan pengakhiran yang baik dalam perhubungan mereka.
"Memang saya dan dia sedang berpacaran. Cuma saya lebih selesa memberitahu kepada umum bahawa kami sedang mengenali hati budi masing-masing dan berkawan rapat. Kerana kami tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kalau tak jadi nanti kita juga yang malu.
"Lagipun apabila kami mengambil keputusan dengan memberitahu bahawa kami bercinta, takut pula nanti orang meletakan harapan yang terlalu tinggi dan kalau tak jadi nanti lain pula ceritanya," katanya membuka bicara mengenai kisah cintanya itu.
Ditanya mengapa baru kini dia mempunyai kekuatan untuk mengakui cinta tersebut, jelas Remy Ishak dia tidak mahu dilabel sebagai pembohong mahupun cuba menyembunyikan perkara yang sebenar.
"Saya tak mahu orang salah faham dan sebab itu jugalah saya mengaku dan memberitahu. Sebelum ini, saya pernah memberitahu kepada semua yang kami memang saling mengenali. Saya tak mahu mendengar apa-apa lagi yang mengatakan kami berbohong atau menutup kebenaran kisah berkenaan," jelasnya yang turut mengakui dia merupakan seorang yang romantis.
Mengakui pengalaman bebeerapa orang teman artis yang sering kandas dalam perhubungan, perkara itu sedikit sebanyak telah mengajar Remy Ishak untuk lebih tertutup untuk menceritakan kisah peribadinya.
"Kalau boleh, saya tak mahu sangat kisah cinta diberi tumpuan kerana macam-macam boleh berlaku. Saya jenis orang yang pentingkan perhubungan dan tak suka bercinta putus dan sebagainya. Kerana itu menunjukan seseorang itu tidak mempunyai pendirian.
"Memanglah pada usia 29 tahun ini kita dah berfikir mengenai perkahwinan. Calon sudah ada dalam tangan, cuma nak tengok perkembangannya lagi dan apabila sudah sedia semuanya akan berlangsung," tuturnya.
Tambah hero filem 29 Februari itu lagi, dia mengakui terlalu memilih dalam soal calon isteri memandangkan pengalaman perceraian kedua ibubapanya telah membuatkannya lebih serius terhadap dunia perkahwinan.
"Saya terlalu memilih kerana pengalaman ibubapa saya yang bercerai. Saya tak mahu kahwin dan cerai, kerana bagi saya biarlah hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup. Saya juga tak mahu anak-anak terbiar disebabkan perceraian tersebut," jelasnya bersungguh-sungguh.
sumber murai.com.my
No comments:
Post a Comment