Ning Malas Nak Layan
Kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan tempatan, pasti mengetahui tentang gosip panas mengenai penyanyi popular Ning Baizura ketika ini. Dalam kesibukkan Ning menguruskan konsert Ning @ KL Live yang dijadualkan pada 2 Disember hadapan, tiba-tiba timbul dakwaan mengatakan rumah tangganya mula goyah. Kononnya suami Ning, Omar Sharif Christopher Layton Dalton (Omar) menjalin hubungan sulit dengan setiausahanya, seorang wanita berketurunan Cina.
Ning sudah pun memberi penjelasan tentang gosip itu di Melodi baru-baru ini. Malah, beberapa akhbar turut mengeluarkan kenyataan Ning, Jelas penyanyi berusia 37 tahun ini dakwaan itu sama sekali tidak berasas kerana hubungannya dengan Omar cukup bahagia.
Hari ini, Ning sekali menegaskan rumahtangga dengan Omar tidak menghadapi masalah dan mereka cukup bahagia. Jelas Ning, dia tidak mahu melayan gosip liar itu kerana ia hanya membuang masa.
“Saya malas hendak fikirkan sangat tentang gosip ini. Buat apa hendak pening-peningkan kepala? Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada kerja. Hanya saya dan suami yang tahu status sebenar perhubungan kami sebagai suami-isteri. Kalau orang luar hendak sebarkan gosip begini, itu terpulang. Saya pun tidak mahu ambil tahu siapa individu yang bertanggungjawab. Sepanjang 18 tahun terlibat dalam dunia hiburan, saya sudah ‘masak’benar dengan gosip-gosip sebegini. Lama-kelamaan pasti hilang,” ujar Ning dalam nada tenang.
Bercerita tentang penerimaan Omar terhadap gosip ini, Ning memberitahu suaminya itu tidak melatah apabila mendapat tahu tentang gosip ini. Namun, berasa sedikit terkejut kerana dia tidak tahu siapa wanita yang dikaitkan dengan dirinya.
“Mula-mula memanglah dia terkejut tetapi sekarang ini dia sudah boleh menerimanya dengan baik. Senang cerita, saya dan suami tidak mengambil serius tentang gosip liar ini. Kami kenal hati budi masing-masing,” ujar Ning.
sumber: gua.com.my
No comments:
Post a Comment