Monday, October 10, 2011

GAMBAR BAKAL ISTERI LAN A TO Z |SITI NUR AIN

Lan A To Z Bakal Bernikah 11 November Ini

Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.

Ditemui di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) di sini semalam, Lan berkata majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Masjid Kuala Kubu Bharu pada 11 November dan majlis kenduri akan diadakan keesokannya di KKDSTTM yang menaja sepenuhnya majlis itu Pasangan ini tidak bertunang dan memutuskan untuk terus berkahwin.


Kata Lan, Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka. “Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak dan dari situlah saya tertambat hati dengannya. Saya dapat merasakan kuatnya ikatan antara kami dan selepas itu barulah saya mulakan langkah mendekati ibunya. Daripada situlah bermulanya hubungan kami,” katanya.


Penyanyi yang popular menerusi lagu Darjat dan Itik Gembo-Gembo ini berkata, Ain membantu membuka matanya untuk berkahwin. Bagaimanapun dia lambat membuat keputusan kerana serik dan takut dengan kegagalan rumah tangga lalu. Lan juga mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Marcella berakhir secara baik baru-baru ini.

“Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun.

“Dia juga suruh saya bina hidup baru dan saya maklumkan kepadanya mengenai perkahwinan ini. Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang nak temukan Ain dengan anak-anak di England nanti,” katanya.


Mengulas mengenai perkahwinan mereka yang ditaja, Lan berkata ia berlaku secara spontan ketika berkunjung ke KKDSTTM untuk berbincang mengenai urusan perniagaan.

“Saya baru jadi ahli kelab ini sebulan lalu dan hadir untuk mengetahui aktiviti mereka. Ketika berbual mengenai perkahwinan saya, tanpa disangka, penaungnya, Baharuddin Mohd Yusoff bersetuju menaja majlis kahwin saya sepenuhnya. Macam tidak percaya dibuatnya kerana kami bercadang untuk buat urusan yang wajib sahaja.

“Malah saya terharu kerana mereka akan mengadakan majlis mengikut tradisi Melayu sepenuhnya dalam perkahwinan yang bertemakan Pembentukan Tradisional Melayu dengan menjemput ramai tetamu termasuk orang kenamaan,” katanya.


Sementara itu, Marcella yang dihubungi menerusi laman sosial facebook mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya.

“Saya doakan siapa yang jadi isteri dia di masa depan akan gembira dan semoga murah rezeki dan bahagia sampai ke anak cucu. Saya tahu mengenai hal ini kerana dia dah cerita dan saya suruh dia kenalkan kami sebab dia (Ain) akan jadi ibu tiri anak-anak saya. Dan saya suruh dia (Lan) jaga budak itu elok-elok. Tiada masalah kerana kami tetap keluarga walaupun bukan suami isteri. Saya gembira untuk dia.

“Lan tidak jemput saya lagi tapi nanti bakal isteri dia tidak selesa pula. Lagipun bukan murah nak ke sana. Tapi Lan dah janji yang budak-budak (anak-anak) akan berkenalan dengan Ain melalui skype sebelum bernikah,” kata Cella yang mengakui tetap berhubung dengan bekas ibu mentuanya kerana dia seorang yang kelakar.





GEMBIRA...Lan bersama Ain memilih pakaian untuk persiapan perkahwinan mereka.

Kredit gambar pada Facebook Lan Ato Z, Ezuandy dan MySpace Siti Nur Ain, Beautifulnara.

No comments:

Search This Blog

Labels