Wednesday, October 12, 2011

YASMIN HANI KAHWIN SHAHRIN 21 OKTOBER 2011

Yasmin Hani Mula Edar Kad Kahwin

Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani, 32, dan bekas pemain dram Black Rose, Sha'arin Razali telah mula mengedarkan sebanyak 300 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 21 Oktober depan di Duchess Place, Jalan Ampang.


Difahamkan, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuklah pihak media dengan jumlah tetamu yang terhad.

Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 7.45 malam manakala pernikahannya akan berlangsung di sebelah pagi, pada hari yang sama.


Kata Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang merupakan masa yang paling sesuai.

"Saya anggap, kehadiran Sha'arin ibaratnya seperti pelengkap hidup saya.

"Apa-apapun, kami hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan pada hari yang sama," katanya.


mStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna ungu,Rabu.

Walaupun kadnya sederhana, warna ungu lembut itu sahaja telah menandakan kasih sayang dan gelojak cinta mereka yang disimpul utuh.


Hani akan mengayakan busana dari Qamilla untuk majlis pernikahan manakala bagi majlis persandingan dia akan mengayakan gaun rekaan pereka fesyen Hatta Dolmat.



sumber gambar mstar dan rotikaya

No comments:

Search This Blog

Labels