Jue Aziz Nafi Berkahwin Dengan Pemuda Kelantan
“Saya pun tidak tahu macamana boleh timbul gosip yang mengatakan saya telah berkahwin dengan pemuda Kelantan. Saya masih solo dan buat masa ini saya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa.
Mungkin gosip ini muncul kerana saya sering berkunjung ke rumah keluarga angkat saya di Terengganu. Mereka memang orang Kelantan, tapi menetap di Terengganu. Saya selalu ke sana sebab saya tidak ada kampung. Agaknya ada orang kampung yang salah faham, ingat saya berkahwin dengan orang sana,” ujar Jue berterus-terang.
Tambah Jue lagi, jika dia ingin berkahwin, dia pasti akan menjemput rakan media untuk sama-sama meraikan hari bahagianya itu.
“Kalau saya ingin berkahwin, tidak mungkin saya tidak maklumkan kepada peminat. Saya mesti umumkan kerana itu adalah hari yang paling bermakna dalam hidup saya. Malah, saya juga akan jemput pihak media untuk sama-sama meraikannya. Macam yang saya katakan tadi, buat masa ini saya masih sendiri. Kesibukan tugas menghalang saya memikirkan soal cinta. Rutin harian saya hanya dipenuhi dengan penggambaran,” ujar Jue lagi.
kredit gua.com.my
No comments:
Post a Comment