Eksklusif : Fida & Mamat Putus Cinta
Fida yang sebelum ini dicemari dengan kontroversi baru-baru ini telah menjelaskan kepada wartawan ohbulan! persoalan mengenai status hubungan mereka yang bermain di fikiran para peminat dan pihak media. Kontroversi ini bermula apabila Mamat secara tidak sengaja memuatnaik gambar Fida yang tidak bertudung di laman facebook.
Ditanya jika keputusan ini dibuat atas sebab gambar yang tersebar atau ada isu lain, Fida menjawab,
“Ya, memang isu gambar tersebut adalah antara faktor utama Fida ingin berpisah, tapi ada juga faktor lain yang harus diambil kira. Sebagai seorang manusia, setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Biarlah Fida tumpukan perhatian kepada keluarga dan karier terlebih dahulu.”
Fida menambah lagi bahawa keputusan ini dibuat tanpa pengetahuan Mamat dan berharap agar Mamat boleh memahaminya.
“Kami bukanlah pasangan suami isteri dan saya buat keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Lagipun kami berdua masih mentah lagi dalam bidang hiburan. Karier kami masih jauh lagi. Fida harap, Mamat faham dengan keputusan Fida.
“Sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal, lebih baik Fida putuskan sendiri hubungan ini.” ujar Fida kepada wartawan OHBULAN!.
“Fida berharap, satu hari nanti jika kami ditakdirkan bekerjasama untuk filem atau drama, kami berdua boleh bekerja secara profesional dan tidak melibatkan masalah peribadi,” ujar Fida mengakhiri perbualan.
sumber ohbulan!
No comments:
Post a Comment