Monday, January 9, 2012

AARON AZIZ CEDERA SEMASA PENGGAMBARAN KL GANGSTER 2

Aaron Aziz Cedera Di Lokasi Filem, Peminat Di Twitter Doakan Yang Terbaik

Beberapa jam lalu, dunia Twitter agak heboh dengan berita yang mengatakan Aaron Aziz kini di’masukkan ke hospital akibat kecederaan ketika bekerja.


Kami di’fahamkan yang Aaron Aziz mengalami kecederaan ketika menjalani pengambaran filem KL Gangster 2 yang membabitkan adegan pelanggaran kereta & pelakon ini melakonkan sendiri adegan tersebut tanpa menggunakan khidmat stuntman.

Pemeriksaan lanjut oleh doktor di’hospital mendapati tiada kecederaan serius yang di’alami oleh Aaron Aziz selain lebam dan sakit luaran. Mari kita doakan semoga pelakon lelaki kegemaran ramai ini cepat sembuh. 


via: rotikaya

No comments:

Search This Blog

Labels