Sunday, January 8, 2012

KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM 9 JANUARI 2012

Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya ketika membacakan penghakiman.


Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Beliau berkata, mereka mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.






No comments:

Search This Blog

Labels