Ezlynn Bakal Peraga Gaun Perkahwinan Bertatah Mutiara Rafflesia
Penyanyi Ezlynn & suaminya, Adam Fahmy menghabiskan masa bersama 3 orang pereka fesyen wanita yang semakin meningkat naik iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani & Sharifah Mariam Syed Mohd di gedung Jakel Kuala Lumpur semalam untuk memilih rekaan khas gaun perkahwinan yang dikatakan mencecah jutaan ringgit. Gaun perkahwinan itu akan bertatahkan Mutiara Laut China Selatan dimana anggaran sebutir mutiara bernilai antara RM80,000 sehingga RM100,000!
Majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada 11 Januari 2011 ini membawa konsep musim luruh di Sepanyol. Pihak penaja, Raflesia Pearl Wedding bersetuju untuk menggunakan warna-warna tema seperti emas, kuning, perang pada hari tersebut. Justeru, pemilihan fabrik adalah penting bagi menghidupkan suasana tersebut, selain kesemua pereka (termasuk Neelofa yang menjadi pereka kasut Ezlynn) turut menjadi pengapit Ezlynn dan menggayakan warna-warna ala Mediterranean itu.
via: ohbulan!
No comments:
Post a Comment