Tuesday, January 3, 2012

GAMBAR BABY ANAK AZLAN THE TYPEWRITTER

Azlan (The Typewritter) Seronok Bergelar Ayah

Penyanyi Azlan (The Typewritter) kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Normala Hassan,selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 9.03 malam, 28 Disember 2011.


Bayi sulung yang diberikan nama Laurra Lutfea itu dilahirkan secara normal di Hospital Lourdes, Sentul, dengan berat 2.8 kilogram.

Menurut Azlan, 29, atau Lan, sejak melihat 'keseksaan' isterinya melahirkan Lutfea, barulah dia sedar pengorbanan seorang ibu begitu besar nilainya.

"Saya bersyukur kerana isteri boleh bergerak dengan selesa selepas sembilan bulan mengandungkan anak perempuan kami. Cuma selepas sehari bersalin, dia sakit demam panas pula.

"Sepanjang empat hari bergelar bapa, perasaan seronok untuk menjaga Lutfea membuak-buak. Ini pun dah berapa malam saya tak cukup tidur," selorohnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.


Bagaimapun, tambah Lan, dia enggan Lutfea mengikut jejak langkahnya menjadi seorang penyanyi mahupun pelakon apabila dewasa kelak.

Ujar Lan lagi, dia ingin anaknya itu dididik supaya meminati profesion lain tetapi terpaksa akur jika kerjaya muzik nanti menjadi pilihannya.

"Saya harap, dengan latar belakang keluarga saya yang kuat agama, mereka dapat membantu saya dan isteri mendidik Lutfea.

"Saya percaya, personaliti, karakter dan minat seseorang itu datang daripada asuhan ibu bapa mereka sejak kecil. Semoga kami dapat membimbingnya ke arah yang betul, Insya-Allah," tegasnya.

Lan atau nama sebenarnya Norazlan Rosle dan Normala, 29, telah diijabkabulkan pada 2 Januari 2011 di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.

via: mStar

No comments:

Search This Blog

Labels