Wednesday, January 18, 2012

AZWAN ALI DAN UMMI HAFILDA BERDAMAI

Azwan Ali Mohon Maaf Kepada Semua Yang Tersinggung

Pengacara televisyen, Azwan Ali siang tadi tampil dengan dua akuan bersumpah. Pertama  berdamai dengan adiknya Ummi Hafilda. Dan kedua  memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataannya di laman sosial twitter.


Mengakui ada tukang hasut  beliau turut memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Serentak itu, Ummi Hafilda akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya Jumaat lalu selepas merasa keselamatan dirinya terancam susulan ugutan bunuh dan bakar oleh abangnya.

UMMI HAFILDA ALI
Bagi saya darah daging lebih penting air yg dicincang tidak akan putus w/pun terlalu hancur hati yg sy hanya allah yg tahu sepanjang tahun lalu tak payah sebut perkataan apa yg azwan pakai ttp hari ini dia dtg kpd keluarga. Allah bg hidayah kpd dia dan sy tahu dia tak buat berseorangan tp ada hasutan drpd pihak lain.


Dua beradik ini bersengketa sejak tujuh tahun lalu. Mereka kini komited meleraikan kemelut termasuk merayu seorang lagi abang mereka Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, kembali ke pangkuan keluarga. Azwan juga mungkin akan menutup akaun twitternya kerana mendapat kecaman ramai.

AZWAN ALI / PENGACARA TV
Saya secara terbuka memohon jutaan maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad isteri Tun dr siti hasmah dan keluarga yg sy dgr amat tersinggung dgn salah satu twitter sy. Tp sy harap penjelasan ini juga menutup semua isu2 yg berkaitan dgn siapa juga berkuatkuasa serta merta.
sumber: TV3

No comments:

Search This Blog

Labels