Mikha Tambayong Berlakon Teater Gerimis Mengundang Arahan Ahmad Idham
Pelakon remaja popular Indonesia, Mikha Tambayong, 18, telah memeterai persetujuan untuk terlibat dalam pementasan teater muzikal romantik, Gerimis Mengundang di Istana Budaya, bermula 27 Mac hingga 8 April ini.
Mikha yang kini begitu popular di drama televisyen dengan memegang watak Nada dan Cinta menerusi sinetron muzikal Nada Cinta ini berkata, dia gembira kerana diberikan peluang melibatkan diri dalam pementasan teater di Malaysia.
"Saya bersyukur kerana diberi peluang ini kerana bukan mudah untuk berlakon di Malaysia.
"Ini merupakan peluang bagi saya menemui peminat-peminat di Malaysia secara dekat pada pementasan nanti," katanya.
Persetujuan berlakon untuk teater berkenaan dicapai dalam sebuah acara ringkas di Jakarta, Indonesia, yang turut dihadiri oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri, selaku pengarah teater Gerimis Mengundang dan Datuk Md Afendi Hamdan, daripada Erama Creative.
Selain itu, pelakon Malaysia, Kamal Adli masih lagi menjadi pelakon utama yang akan bergandingan dengan Mikha dimana kedua-dua mereka akan sibuk menjalani latihan pada Mac depan.
Teater itu telah diinspirasikan daripada filem berjudul sama, Gerimis Mengundang yang membabitkan lakonan Kamal dan pelakon Indonesia, Olivia Jensen dimana ia akan ditayangkan pada tahun ini.
Penghasilan teater dan filem Gerimis Mengundang adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serumpun di antara dua negara tetangga, Malaysia dan Indonesia, melalui karya seni.
Teater tersebut akan dipentaskan diterbitkan oleh Excelent Pictures, Erama Creative dan Global Network.
via: mStar
No comments:
Post a Comment