Kemesraan Noh, Mizz Nina Di Ranjang WW
Cukup romantis dan cukup mempersona. Inilah bingkisan terkini majalah fesyen dan gaya hidup Wanita & Wawasan atau dikenali sebagai WW sebagai melayari bulan penuh percintaan.
Aksi Noh Hujan dan Mizz Nina iaitu pasangan yang masih hijau melayari bahtera perkahwinan, dirakamkan di atas ranjang empuk sebuah hotel mewah sambil sama-sama berbisik manja bercerita perihal diri masing-masing.
Persalinan Canali serba putih yang disarungkan Noh menampakkan dia cukup berkarisma berada di sisi si isteri yang juga tidak kurang hebatnya dengan persalinan Shanghai Tang khusus untuk santapan pembaca setia majalah WW.
Sambil dua sejoli sedang asyik menikmati keselesaan bercanda ria, mereka masih tidak mahu ketinggalan berkongsi rahsiabersama-sama dunia luar dengan menggunakan gajet telekomunikasi mewah dari Vertu bernilai lebih RM25,000.
Ketua Pengarang WW, Wirda Adnan ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, edisi ketujuh WW disifatkan cukup istimewa kerana berpeluang menjadikan Noh dan Mizz Nina sebagai penghias muka hadapan bagi edisi Februari itu.
"Penggambaran untuk muka hadapan edisi Hari Kekasih ini telah diadakan tiga minggu lalu di Hotel Berjaya Hills, Bukit Tinggi.
"Alhamdulillah kami telah berjaya mendapatkan konsep yang kami mahukan, apatah lagi Noh dan Mizz Nina telah memberika kerjasama yang sangat baik sepanjang penggambaran. Lihat sajalah hasilnya ini," katanya.
Tambah Wirda lagi, tiada ungkapan yang dapat diluahkan selain dapat melihat kedua-dua pasangan popular berkenaan bergaya hebat dengan persalinan daripada jenama fesyen terkemuka tempatan serta antarabangsa.
No comments:
Post a Comment