Neelofa, Scha Al Yahya Turut Dilantik Menjadi Duta Avon
Pelakon jelita dan berbakat besar, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, mengakui telah menerima tawaran yang agak berbaloi untuk menjadi duta produk barangan kosmetik dan perhiasan wanita Avon dengan mengikat kontrak selama setahun.
Neelofa, 23, yang enggan mendedahkan jumlah kontraknya itu berkata, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk mempromosikan produk tersebut dan gembira kerana meletakkan namanya sebaris dengan selebriti ternama lain yang pernah menjadi duta Avon sebelum ini seperti Wardina, Rozita Che Wan dan Fazura.
"Alhamdulillah, saya telah menandatangani kontrak pada bulan Disember lalu dan ia akan dilancarkan pada 18 Januari ini.
Semalam pihak Avon Malaysia telah mengumumkan yang Scha turut dilantik sebagai Duta Avon di samping Neelofa. Rezeki 2012 nampaknya sangat murah kepada artis wanita kita yang bernama Scha Al Yahya. Tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment