Monday, January 9, 2012

WAJAH SONG HYE GYO KELIMA TERCANTIK DI DUNIA

(KOREA)Wajah Song Hye Gyo Kelima Tercantik Di Dunia

Song Hye Gyo, jelitawan yang merupakan aktres dari Korea Selatan telah terpilih untuk mendapat tempat kelima untuk wajah tercantik pilihan laman sesawang TC Candler bagi “100 Wajah tercantik Di Dunia Tahun 2011″. Laman itu mengumumkan senarainya 3 Januari lepas, dan senarai ini telah dilaksanakan oleh laman itu setiap tahun sejak 1990. Mungkin anda berpendapat kesemua artis Korea menjalani pembedahan plastik untuk cantik, hakikatnya tidak begitu. Seorang pakar pembedahan plastik pernah berkata melalui kepakarannya, dia berpendapat yang pelakon itu adalah pelakon berwajah paling asli di Korea di samping Kim Tae Hee.


Apa yang menarik, bakat gadis berusia 30 tahun pada 2012 ini juga mula diiktiraf di peringkat antarabangsa. Vogue telah menggunakan khidmat jurugambar fesyen terkenal, Paolo Roversi untuk memfoto Hye Gyo bagi majalah Vogue Korea keluaran Disember lepas. Bukan itu saja, Hye Gyo jua akan tampil dalam sebuah filem bersama Tony Leung dan Zhang Ziyi, The Grandmasters pada tahun 2012. Dalam senarai ini, wanita yang mendapat tempat pertama ialah Emma Watson.







via: beautifulnara

No comments:

Search This Blog

Labels