Wednesday, January 4, 2012

ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE KAHWIN JANUARI 2012?

Ally Iskandar Bakal Kahwini Farah Lee Hujung Januari 2012?

Entah betul entahkan tidak, ada sumber dalam TV3 mendakwa Ally iskandar akan berkahwin pada 20 Januari 2012 ini. Gadis yang bakal dikahwininya tak lain tak bukan ialah Farah Lee, 22, dari Terengganu yang pernah kami gosipkan dahulu.


Menurut sumber itu lagi, majlis perkahwinan tersebut bakal dilakukan secara sederhana dengan membuat kenduri kesyukuran. Jika benar dakwaan sumber ini, maka kami ingin mengucapkan syukur dan tahniah kerana Ally bakal mengahwini gadis yang cukup manis dan baik imannya.



Untuk info, terdahulu Ally dikhabarkan telah merisik Farah di kampung halamannya. Ketika itu, ada mata yang melihat Ally memakai baju Melayu warna putih purple cream.

Lebih menguatkan dakwaan, latar belakang sekeping gambar Ally yang berada di rumah gadis tersebut sama dengan latar belakang rumah Farah. Dan bila soalan tersebut diajukan oleh media, baik Ally mahupun Farah, masing-masing tidak mengiyakan dan tidak menafikan gosip tersebut.


Gambar atas: Latar belakang merah jambu dan tikar getah yang didakwa sama dengan latar belakang dalam gambar Ally merisik

No comments:

Search This Blog

Labels