Sunday, January 8, 2012

JUARA MASTERCHEF MALAYSIA MILIK EZANI

Ezani Farhana Pemenang MasterChef Malaysia Musim 1

Program realiti yang berasaskan dunia masakan mempamerkan kehebatan graduan perubatan pergigian, Ezani Farhana Md.Monoto,26, dan pekebun Wahidan Ag. Supain,42, dua peserta yang berjaya mara keperingkat akhir dalam merebut gelaran MasterChef Malaysia.


Bersiaran pada pukul 9 malam disaluran Astro Ria membariskan juri-juri profesional yang terdiri daripada Chef Moh Johari Edrus, Chef Zubir Mat Zin dan Chef Mohd. Nadzri Redzuawan.

Juara MasterChef Malaysia akan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, trofi dan menerbitkan buku masakan selepas berhempas-pulas melunaskan beberapa cabaran sepanjang 60 episod yang disiarkan sebelum ini. Jadi pemenang untuk MasterChef Malaysia 1 ialah Ezani.

Pemilik nama penuh Ezani Farhana Md. Monoto ini merupakan seorang graduan pergigian daripada University of Adelaide, Australia. Dia yang gemar menyediakan hidangan pencuci mulut mula mempelajari bidang masakan ketika masih kecil. Anak kelahiran Kajang, Selangor ini merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan gemar melakukan aktiviti menyelam skuba, fotografi dan mengembara. Tidak hanya bercita-cita memberi perkhidmatan dalam bidang pergigian, gadis berusia 26 tahun juga berhasrat untuk membuka sebuah kerkhidmatan katering. Ezani yang popular dengan kek lobak merah dalam kalangan keluarga dan sahabatnya turut mengagumi kehebatan Chef Wan dan Jamie Oliver ketika memasak di kaca televisyen.

Tahniah Bulan Purnama ucapkan!

No comments:

Search This Blog

Labels