Tuesday, February 14, 2012

BIENDA KINI SARAT MENGANDUNG

Sudah genap dua tahun Bienda dan suaminya, Kamarul Zariman Abdul Rahman mendirikan rumahtangga secara senyap dan rahsia. Jika sebelum ini ada media yang menanyakan hal perkahwinan mereka, mereka tidak akan memberikan sebarang komen kerana mereka mahu merahsiakan tentang perkahwinan mereka dari diketahui oleh pihak media sehinggalah hal itu redha dan diketahui ramai.


Bienda yang ini sedang berbadan dua mengakui bayi dalam kandungannya itu sudah genap usia 8bulan dan jantina bayi yang bakal dilahirkan itu juga sudah sedia maklum oleh mereka berdua. Namun, Bienda memilih untuk tidak memberitahu apa jantina bayi yang akan dilahirkannya itu nanti walaupun sudah ramai wartawan dan media menanyakan hal itu, bak kata Dato siti, biarlah rahsia.

“Saya dan suami dah buat ujian imbasan (scan) dan kami ada jawapannya. Tapi maaflah, saya belum bersedia nak beritahu. Bukan apa, saya dan suami lebih suka jadikan ia satu kejutan. Biarlah bayi saya lahir dulu. Ketika itu semua orang akan dapat jawapannya bukanlah nak sorok sangat pun,” kata Bienda yang mahu bermain teka teki.

sumber: wstarz.com

No comments:

Search This Blog

Labels