Saturday, February 4, 2012

KEDAI URUT BISNES BARU LINDA ONN

Mula beroperasi sejak November lalu di Pasar Raya Besar Giant, Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur, Linda memberitahu keinginan untuk membuka bisnes urutan adalah kerana minatnya sendiri.

Jelasnya, semua tidak dirancang ketika dia ditawarkan oleh pihak pengurusan pasar raya itu untuk membuka sebuah lagi cawangan restoran nasi ayam My Mom's Chicken Rice di situ.


Memandangkan bahagian lot di belakang restoran itu masih kosong dan belum dimiliki, Linda dan kakaknya, Intan sepakat untuk membuka kedai urut.

"Seperti mana perniagaan nasi ayam dan asam pedas, dengan alasan itu jugalah saya membuka kedai urut ini. Saya memang suka diurut dan dibelai apabila berpeluang ke spa.

"Lalu, idea itu timbul dan bersama Intan, maka kami pun membuka perniagaan ini. Segala-galanya ada di sini dan saya pun tidak perlu lagi ke spa atau kedai urut lain.

"Jika ada masa terluang dan tidak sibuk dengan kerja, di sinilah tempat saya menenangkan fikiran serta berehat," jelas Linda sewaktu ditemui S3 di premis perniagaan baru itu.

Biarpun baru tiga bulan beroperasi, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn ternyata gembira dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat terhadap My KakiJamu Shop.


Apatah lagi pelbagai pakej dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan, tidak hairanlah apabila My KakiJamu Shop sentiasa dikunjungi pelanggan terutama pada hujung minggu.

Jelas Linda, dia amat berpuas hati dengan respons yang diterima oleh pelanggan yang rata-rata begitu positif dengan perkhidmatan yang disediakan.

Tidak hanya tertumpu kepada urutan kaki atau refleksologi, perniagaan baru itu turut menawarkan urutan badan, menata rias kuku tangan dan kaki serta pelbagai jenis mandian termasuk lulur, susu, limau dan rempah.

Seringkali yang menjadi pilihan adalah pakej berharga RM180 yang bermula dengan rendaman kaki bagi membuang toksik, sauna herba, mandi bunga, urutan badan selama dua jam dan minuman herba.

"Malah, kami juga ada pakej khas iaitu Aura Seri yang hanya disediakan pada hari Khamis dan Jumaat sahaja. Pakej berharga RM380 ini juga antara yang popular di sini.

"Dengan harga itu, pelanggan akan dapat menikmati mandi limau, mandi aura seri bunga, urutan badan untuk dua jam, urutan muka bagi menaikkan seri muka dan kemudiannya, diberi minuman herba.

Layari Utusan untuk membaca kisah lebih lanjut.

No comments:

Search This Blog

Labels