Jika isu sebelum ini E&F menampilkan Maya Karin (Isu 1), Natasha Hudson (Isu 2), dan juga Dayang Nurfaizah (Isu 3), isu kali pula bakal membuatkan anda lebih teruja dan tidak berkelip mata melihat kelainan yang ditonjolkan.
Apa tidaknya, isu kali ini bukan saja menampilkan Zizan dan Diana Danielle sebagai cover muka depan, tetapi isu ke-4 yang bertemakan ‘James Bond’ ini turut menampilkan Qalisya Ray, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Jaclyn Victor, Elfira Loy dan juga Fauziah Ghous! Keenam-enam selebriti wanita ini telah dipilih menjadi ‘Gadis Perisik James Bond’ versi Malaysia dan Faizal Harun selaku editor berjaya memberikan hasil yang ‘WOW’!
Bagi yang tidak tahu, majalah E&F adalah majalah hiburan dan fesyen secara online dan tidak dijual dimana-mana kedai. Majalah ini juga boleh dibaca secara percuma di WuuhuuOnline.com atau klik sahaja disini, Majalah E&F. Jadi apa tunggu lagi, cepatlah layari Majalah E&F untuk tengok isi kandungannya sekarang!
kredit: ohbulan!
No comments:
Post a Comment