Memilih untuk diijabkabul pada pagi Khamis, 23 Februari, mereka memilih Hotel Marriott, Putrajaya sebagai lokasi memeterai janji. Selang dua hari kemudian, Lisa dan Yusry akan beralih ke Pusat Konvensyen Putrajaya untuk majlis resepsi kedua-dua belah pihak.
Umum dah ketahui bahawa Lisa Surihani akan adakan Majlis Bersiram, Berinai dan Khatam Al-Quran sebelum Majlis Perkahwinannya.. Jom saksikan gambar-gambar tersebut.
Keseronokan Lisa bersama teman-teman rapatnya mengenakan inai di jari masing-masing menjelang majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini. Hanya tinggal satu hari saja lagi sebelum Lisa melangkah ke alam berumahtangga. Sememangnya terpancar keceriaan di wajah pelakon popular itu bersama teman-temannya sewaktu mengenakan inai di jari.
Majlis khatam Quran pelakon terkenal Lisa Surihani yang menjelang esok bakal menamatkan zaman bujangnya. Mengikut adat dan tradisi Melayu, majlis tersebut berlangsung dalam suasana yang cukup santai tetapi penuh bermakna khususnya buat Lisa sendiri.
Selama ini GUA hanya sedar akan wujudnya majlis bersiram untuk puteri-puteri raja sahaja. Rupanya primadona filem Melayu kita, Lisa Surihani juga berpeluang untuk melalui pengalaman tersebut. Majlis bersiram itu telah berlangsung pada hujung minggu lalu.
kredit: Portal Gua dan Pretty Peektures
No comments:
Post a Comment