Monday, February 6, 2012

GAMBAR ADIRA AF PEGANG ANJING TERSEBAR?

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu, Siti Adira Suhaimi atau Adira  hasil duet bersama Hafiz itu tidak habis-habis ‘mencipta’ kontroversi sendiri sejak dia muncul dalam industri tanah air.


Terkini, gambar Adira yang mesra memeluk seekor anjing  nampaknya sudah tersebar meluas di beberapa blog gosip artis.

Tidak tahu sejauh mana kesahihan dan ketulenan gambar artis kelahiran rancangan Akademi Fantasia itu yang gembira memegang seekor anjing.

Mungkinkah anjing yang dipegang Adira itu hanyalah patung semata-mata?

Apa-apa pun, penulis tidak berani untuk meneka dan mencipta kesimpulan sendiri memandangkan tuan empunya diri masih lagi tidak membuka mulut untuk merungkai gosip panas ini.

Bagaimanapun, terserah kepada peminat-peminat di luar sana untuk menilai dan memberi pandangan masing-masing ketika melihatkan gambar Adira yang memegang anjing itu yang diambil dari salah satu blog gosip terkenal, Rotikaya.com.

Cuma, janganlah menghentam artis muda ini sedangkan bukti dan sumber beritanya masih tidak diketahui.

Hari yang baik sempena Maulidurrasul ini, eloklah kita sama-sama melakukan kebaikan dan amal jariah supaya mendapat keredhaan Illahi. Insyallah.

UPDATE:
-ADIRA MOHON MAAF AKUI KESILAPAN PELUK ANJING

kredit: mynewshub

No comments:

Search This Blog

Labels